Wednesday, October 6, 2010

Mengapa Syaikh Al-Qaradhawi Mengkritik Sebahagian Kelompok Salafi ?

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

             Kali ini penulis akan membawa satu karya yang ditulis oleh seorang murid Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi iaitu Syaikh Akram Abdus Sattar Kassab berkaitan “Metode Dakwah Yusuf Al-Qaradhawi”. Buku ini mengulas secara terperinci bagaimana cara dakwah guru beliau. Penulis melihat buku ini sangat unik, berlainan dari kitab dakwah yang lain serta sangat penting dibaca bagi para pendakwah dan bagi mereka yang ingin mengetahui bagaimana cara berdakwah yang elegan, serta begaimana menghadapi realiti semasa dan tentangan dakwah ke depan.

2_6487_1_10

Syaikh Akram Kassab berpandangan buku metode dakwah ini wajib ditulis kerana bahawa tulisan tentang keperibadian gurunya pada waktu sekarang telah berubah menjadi wajib kerana beberapa sebab. Beliau mengemukakan 6 sebab buku tersebut perlu ditulis. Salah satu sebabnya ialah kebelakangan ini Syaikh Al-Qaradhawi mendapatkan perlawanan kasar dan serangan yang membahayakan dari sejumlah orang, yang kerana kebodohan dan kedengkiannya kemudian memusuhinya. Bahkan, kami melihat sekelompok orang yang menulis makalah dengan tinta merah di atas lembaran biru yang dilakukan oleh orang-orang yang niatnya tidak baik dan berhati busuk.

Malah penulis melihat ada sebahagian kelompok ini melakukan pengintaian terhadap Syaikh Al-Qaradhawi dan menyibukkan diri mencari kesalahan dalam fatwa-fatwanya seperti mengkritik beberapa fatwa yang terdapat kitab “Al-Halal wa Al-Haram” dan kitab-kitab yang lain secara tidak beradab, keras dan tidak berdisplin serta tidak mencerminkan sikap islam itu sendiri seperti fatwa Al-Qaradhawi tentang Ahli Kitab, muzik dan sebagainya tetapi mereka ini seakan lupa kesannya kepada umat Islam sedangkan kitab itu juga membukakan hati non-muslim memasuki islam kerana mendapati syariat dan hukum Islam yang sempurna.

Syaikh Akram Kassab menyebut sekalipun sebahagian orang yang mengaku salafi bersikap keras terhadap Syaikh Al-Qaradhawi, namun dia tetap bersikap adil kepada mereka dan kepada para dai salafi. Bahasa pembicaraan Syaikh Al-Qaradhawi tidak berbeza dengan bahasa tulisannya yang tidak lepas dari nilai-nilai etika dan jauh dari melukai perasaan orang lain, sebagaimana bahasanya juga jauh dari ketajaman dan kekerasan.

Jika diperhatikan , Syaikh Al-Qaradhawi tidak keluar dari etika ini kecuali sangat sedikit dan boleh dikatakan jarang, bahkan sangat jarang. Saya (Syaikh Akram Kassab) telah memperhatikan melalui penelitian yang saya lakukan pada tulisan-tulisan Syaikh Al-Qaradhawi, bahawa sikapnya yang paling keras tampak ketika dia menulis tentang sebahagian yang dinisbatkan kepada salafiah. Hal ini yang membuatkan saya mengemukakan sebuah pertanyaan, “Mengapa Syaikh Al-Qaradhawi kadang-kadang kasar dalam menilai sebahagian orang-orang salafi?”

Dalam hal ini saya tidak menuduh Syaikh Al-Qaradhawi melakukan perbuatan dosa, tetapi saya mengambil kesimpulan dari apa yang ditulis oleh Syaikh Al-Qaradhawi, di antaranya:

Ketika berbicara tentang golongan yang memecah belah Islam, dan membahaginya menjadi empat golongan: Pertama; Golongan khurafat, dan yang dimaksud di sini adalah golongan sufi. Kedua; Golongan yang membelot, dan yang dimaksud di sini adalah golongan salafi. Ketiga; adalah golongan yang gemar mengkafirkan kelompok lain (takfiri). Keempat ; Golongan moderat, dan yang dimaksud di sini adalah golongan Ikhwanul Muslimin, Jamaah Islamiah di India, dan organisasi lain yang bersamaan dengannya.

Ketika Syaikh Al-Qaradhawi berbicara tentang aliran yang membelot dan yang dimaksudkan adalah golongan salafi, dia menyifatinya dengan mengatakan, “ Sekalipun golongan ini dikenal sangat keras dalam urusan agama dan dalam membelanya, ia memiliki ciri-ciri yang mudah dibezakan pada majoriti pengikutnya, iaitu:

  • Mereka suka berdebat dalam masalah akidah
  • Mereka memperhatikan bentuk dalam beribadah
  • Mereka mengambil secara zhahir dam masalah fiqh
  • Mereka memperhatikan masalah-masalah juz’i (cabang)
  • Keras dalam berdakwah
  • Mudah tersinggung dengan perbezaan pendapat

Sifat-sifat seperti di atas pada sebahagian personilitinya, tidak menunjukkan semua aggotanya. Jika ciri-ciri itu ada pada sebahagiannya, tetapi itu bukan suatu keharusan dan bukan menjadi ciri khas gerakan mereka.Kerana itu, saya melihat menyifati majoriti mereka dengan sifat-sifat di atas termasuk zhalim, atau menuduh mereka melakukan dosa dan itu bukanlah metode gurunya.

Syaikh Al-Qaradhawi selalu memperlihatkan golongan ini dengan Mazhab Zhahiriyah baru, kerana mengambil nash-nash secara zhahir, dan tidak memperhatikan maksudnya.

Saya (Syaikh Akram Kassab) katakan, “ Syaikh Al-Qaradhawi keras terhadap golongan ini, sekalipun dia lembut terhadap golongan sufi, bahkan golongan nasionalisme. Dengan kedua golongan ini dan lainnya Syaikh Al-Qaradhawi cenderung lembut dan lebih dekat kepadanya, cenderung menyatukan daripada membezakan. Yang tampak bagi saya, bahawa yang mendorong Syaikh Al-Qaradhawi bersikap keras terhadap golongan ini atau kepada sebahagian pengikutnya adalah :

1. Sebahagian dari pengikut golongan ini tidak boleh mengendalikan lisannya. Tidak ada seorang pun dari ulamak terdahulu dan kontempori yang luput dari celaannya.

2. Golongan ini merasa tersinggung dengan adanya perbezaan pendapat.Kerana itu menolak semua yang berbeza pendapat dengannya.

3. Dalam pandangan Syaikh Al-Qaradhawi dan lainnya yang peduli terhadap kebangkitan Islam, golongan ini menyebabkan Islam harus menanggung apa yang mestinya tidak ditanggungnya, dan golongan inilah yang menyebabkan mundurnya dakwah Islamiyah selangkah demi selangkah.

4. Golongan ini melakukan pengintaian terhadap Syaikh Al-Qaradhawi dan golongan moderat dan mengajak perang dengan menerbitkan selebaran, artikel, dan buku-buku. Dalam buku-buku itu disebutkan kesesatan Syaikh Al-Qaradhawi. Mereka mengatakan, “ Sesungguhnya dia adalah pelaku bid’ah. Sebahagian dari mereka ada menilainya fasik. Sebahagian mereka ada yang mengkafirkannya. Sebahagian mereka ada mengatakan, “ Dia adalah seorang Masuni,” dan berbagai tuduhan lainnya.

 

No comments: