Showing posts with label Isu-Isu Politik. Show all posts
Showing posts with label Isu-Isu Politik. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Siyasah Syar'iyyah Dalam Isu Ketaatan dan Kaedah Menasihati

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Artikel ini adalah gabungan dari bab ‘ Tiada Ketaatan Apabila Tidak Menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah’ dan bab ' Bagaimana Cara Menasihati Pemimpin:Pandangan Ketiga '. Permasalahan ketaatan dan cara menasihati kepada pemimpin masih dalam perbincangan. Ada pandangan hanya membolehkan menasihati secara sendirian tanpa membuka aibnya dan ada pandangan yang sebaliknya. Ada juga yang kata pemimpin zalim masih perlu ditaati dan ada pandangan yang sebaliknya. Artikel ini akan menjelaskan mengenai permasalahan-permasalahan tersebut. Penulis akan cuba mengambil jalan pertengahan dalam permasalahan ini. Setiap pandangan tidak lari daripada kesalahan termasuk penulis.Maka sebaiknya jadikan artikel ini sebagai perbincangan ilmiah.

Dr.Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya Min Fiqh Daulah Fil Islam mengatakan pada zaman sekarang para pemimpin dengan sengaja telah memakai undang-undang yang bercanggah dengan hukum Allah dengan memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan harta, maruah dan darah orang ramai. Lebih dari itu, mereka juga mengeluarkan undang-undang yang memaksa umat islam mengamalkan undang-undang selain hukum Allah yang tertera dalam kitab-Nya dan dalam sunnah Rasul-Nya. Mereka lebih mementingkan hukum ciptaan orang kafir daripada hukum yang diturunkan Allah. Seolah-olah mereka sengaja ingin menentang hukum dan agama Allah.

Tidak ragu lagi, tindakan seperti inilah yang disebut sebagai KUFUR! Tidak ada satu orang islam pun berbeza pendapat dalam mengkafirkan orang seperti ini, meskipun mereka masih lagi berselisih pendapat mengenai kafirnya orang-orang yang memasarkan undang-undang moden ini dan menyeru kepadanya.

clip_image001[1]

Perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini ialah meninggalkan islam secara keseluruhan,memilih hukum lain selain hukum Allah dan rasul-Nya serta membekukan setiap peraturan dalam syariat Allah. Lebih dari itu, masyarakat kita juga telah pandai menyimpulkan bahawa undang-undang moden lebih utama berbanding hukum-hukum yang diturunkan Allah.Para pengkaji hukum moden berpendapat bahawa syariat Allah telah diturunkan bukan untuk dipraktikkan pada zaman kita. Zaman tersebut telah berlalu, dan atas sebab-sebab tertentu hukum-hukum yang dipraktikkan pada zaman itu telah pun terbatal.

Demikianlah pandangan penganalisis dan pelaksanaan hukum pada zaman ini dan Dr Yusuf Al-Qaradawi juga menjelaskan lagi tidak pernah berlaku pada zaman Abu Majlaz (tabi’in) atau zaman sebelumnya, bahawa seorang pemimpin telah memutuskan satu perkara kerana sengaja mengingkari hukum syariah, atau kerana lebih mengutamakan hukum orang kafir berbanding hukum Allah. Perkara seumpama iu tidak pernah berlaku sama sekali!

Maka sepertimana yang telah dijelaskan oleh al-Qaradawi boleh penulis merumuskan bahawa tiada lagi ketaatan bagi pemerintah yang tidak  menyakini keunggulan syariat islam lalu melaksanakan hukum bukan islam lebih tinggi daripada hukum islam dan berterusan melakukannya sedangkan sudah ada kemampuan untuk melaksanakannya maka ia termasuk suatu kemungkaran yang tersangat jelas yang membawa kepada kekufuran. Maka dibolehkan menarik kesetiaan kepadanya dan wajib ditukar pemimpin tersebut jika sudah berusaha manasihatinya. Ini berdasarkan dari hadis Ubadah bin Somit ra :

Maksudnya: “Nabi s.a.w telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika berbaiah, supaya kami dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas (senang), atau dalam keadaan benci, keadaan susah atau dalam keadaan mudah, Dan kami dipesan agar tidak menanggalkan urusan kepada ahlinya (mencabut ketaatan kami kepadanya) melainkan setelah kamu melihat kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah yang menjadi bukti (keterangan).” (Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. [Al Ma'idah:44]

Begitu juga pemerintah yang mengingkari akan kewajipan melaksanakan solat maka wajib dipecat kerana dia telah menzahirkan akan kekufurannya iatu dalil yang tidak boleh dibuat sebarang takwilan lagi.. Telah bersabda baginda Nabi s.a.w :

Maksudnya : “Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Sahih Muslim no.1482 Jilid 3 )

Maka jika sudah jelas akan kekufurannya maka islam membenarkan memecat dan menjatuhkan pemerintah tersebut berdasarkan kaedah-kaedah islam iaitu tindakan memecat itu hendaklah dengan cara yang tidak menimbulkan bencana fitnah yang lebih besar. Inilah kaedah yang telah disepekati oleh para fuqaha.

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa tiada kesetiaan kepada pemimpin yang melakukan kekufuran dan berikutnya juga  tidak boleh taat kepada pemerintah yang tidak menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kepimpinannya walaupun ia fasik atau zalim. Ia berbeza jika seorang pemimpin yang menetapkan satu keputusan bertentangan dengan hukum Allah kemungkinan kesalahannya dalam takwilan, mengikut hawa nafsu atau jahil dan sebagainya tetapi dalam suasana yang terakhir ini dia masih lagi bertumpu kepada teks Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya maka kesetiaan masih diberi kepadanya.

Jika terjadi salah satu antara kedua-dua kategori itu iaitu jelas kekufurannya dan tidak menegakkan Kitabullah maka tiada lagi diberi ketaatan kepada pemimpin tersebut.

Ummil Husain berkata :

Maksudnya : “Aku pernah dengar Rasulullah bersabda sekiranya kamu diperintah oleh hamba sahaya dari golongan habsyi yang cacat, maka hendaklah kamu dengar dan taat terhadapnya selama dia memimpin kalian dengan Al-Quran.” [ Shahih: Azh-Zhilal:1062 dan 1063, HR. Muslim dan Shahih Sunan Ibn Majah:2328 oleh Al-Albani]

Maka hadis-hadis yang mewajibkan ketaatan pada pemerintah  ianya masih terikat jika pemerintah memimpin berdasarkan kitabullah dalam dasar pentadbirannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis tersebut.

Sebab itu ketika Saidina Abu Bakar r.a menjadi Khalifah pernah berkata dalam pidatonya:

Setelah Abu Bakar memuji Allah, “amma ba’du, para hadirin sekalian, sesungguhnya aku telah dipilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik, maka jika aku berbuat kebaikan maka bantulah aku. Dan jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah, sementara dusta adalah satu pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kalian sesungguhnya kuat di sisiku sehingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya insyaAllah. Sebaliknya siapa yang kuat di antara kalian maka dialah yang lemah di sisiku hingga aku akan mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah akan timpakan kepada mereka kehinaan, dan tidaklah suatu kekejian tersebar di tengah suatu kaum kecuali azab Allah akan ditimpakan kepada seluruh kaum tersebut. Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan Rasul-Nya. tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan solat semoga Allah merahmati kalian.”  (Al Bidayah wan Nihayah - m/s 53 . Imam Ibnu Katsir mengatakan sanad itu sahih)

Perhatikan kandungan pidatonya itu. “Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku.” Berdasarkan dari ucapannya itu dapat dirumuskan bahawa syarat kesetiaan kepada pemimpin itu jika pemerintah menegakkan Kitabullah. Ini bersesuaian dengan hadis Ummil Husain sebagaimana sabda baginda Nabi s.aw. iaitu  " dengar dan taat terhadapnya selama dia memimpin kalian dengan Al-Quran"

Maka hadis Ummil Husain dengan hadis ketaatan kepada pemimpin zalim itu masih terikat antara satu sama lain. Ini kerana Hadis Ummil Husain itu jelas iaitu menjadi syarat keutamaan kesetiaan kepada pemimpin itu jika pemerintah menegakkan Kitabullah. Jika tidak, maka kesetiaan kepadanya akan tercabut. Antara hadis-hadis ketaatan kepada pemimpin zalim adalah seperti berikut.

Sabda baginda Nabi s.a.w;

Maksudnya “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah”. [Bukhari & Muslim]

Dan juga daripada Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” [Riwayat al-Bukhari, jil 6, no.2588]

Apabila seseorang itu mengkritik perbuatan pemimpin bukan bermakna mereka tidak taat kerana dalam ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ diwajibkan untuk dicegah jika perkara itu mungkar tetapi ketaatan masih diberi kepada pemimpin itu jika ia masih menegakkan kitabullah walaupun disebalik kezalimannya.Setiap arahan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah tidak wajib ditaati tetapi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat maka wajib ditaati dengan syarat agama masih ditegakkan.

Maka apabila bertembung dengan hadis seperti ini: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah” maka kita perlu melihat dalam konteks maqasid. Dalam maqasid, islam menjaga maslahat agama, nyawa, keturunan, akal dan harta . Jika pemimpin itu melaksanakan kitabullah iaitu masih mempertahankan agama tetapi ada kezaliman disebaliknya iaitu merampas harta rakyat maka secara kaedahnya ia termasuk  kategori 'Dharuriyyat' yakni melibatkan mudharat harta tetapi disebalik kezaliman itu, agama masih ditegakkan oleh pemimpin. Maka apabila bertembung kedua-duanya ia perlu dilihat dalam konteks neraca muwazanat, yakni menjaga agama itu lebih diutamakan berbanding menjaga harta. Maka ketaatan masih diberi kepada pemimpin itu kerana masih menegakkan agama tetapi disebalik kemungkaran yakni merampas harta rakyat maka ia perlu ditentang kerana ia termasuk dalam ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ kerana ia melibatkan harta rakyat bukannya yang membabitkan pemimpin dengan tuhannya yang akan dijelaskan selepas ini  dan juga tidak sampai kepada menjatuhkannya kerana kepimpinannya masih berdasarkan kitabullah melainkan tidak ditegakkan agama maka wajib dipecat dan dijatuhkan berdasarkan kaedah-kaedah islam.

Berikutnya adalah hadis yang membicarakan menasihati pemerintah secara sendirian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ;

Maksudnya:" Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka) Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajipannya." [ Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah:1096 Sanadnya sahih.]

Illat dalam hadis itu iaitu menasihati secara bersendirian supaya tidak berlaku bahaya yang lebih besar. Jika diperhatikan memang kelihatan syarat menasihatinya tidak boleh mendedahkan kepada rakyat tetapi ia tidaklah mutlak kaedahnya seperti mana hadis ketaatan kepada pemimpin zalim. Adakah ketaatan seorang isteri kepada suaminya mutlak sehingga dia boleh melakukan sesuatu yang sewenang-wenang terhadap isterinya? Adakah jika seorang suami memerintah isterinya melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka wajib ditaati? Tidaklah islam itu sedemikian rupa sehingga tiada ruang untuk memberi keadilan kepada isterinya. Begitu juga dalam isu ketaatan kepada pemimpin.Ketaatan kepada pemimpin zalim selagi ia masih menegakkan 'Kitabullah'.

Demikian juga dalam hal menasihati pemimpin iaitu tidaklah mutlak dalam satu kaedah. Jika dilihat dalam kaedah tajassus (mengintip) iaitu “asal sesuatu maksiat itu dilarang tajassus” kerana ia melibatkan maksiat atau kemungkaran peribadi yang membabitkan diri seorang insan dengan tuhannya seperti melakukan zina, minum arak dan sebagainya.Sekiranya maksiat itu dilakukan terang-terangan maka perlu dihukum tetapi sebaliknya dibolehkan tajassus sekiranya membabitkan dengan manusia seperti rasuah, merompak dan sebagainya kerana kemudharatannya yang lebih besar daripada tajassus.

Begitu juga dalam konteks 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam isu kepimpinan maka secara kaedahnya “asal sesuatu nasihat itu tidak dibenarkan secara terbuka” sepertimana dalam hadis mengenai cara menasihati pemimpin tetapi apabila melibatkan hak rakyat dirampas , undang-undang diselewengkan dan sebagainya maka dibenarkan nasihat dan kritikan secara terang-terangan kerana melibatkan kemaslahatan umat dan kemudharatan yang lebih besar maka dibenarkan sekiranya ia membabitkan pemimpin dengan rakyat bukannya membabitkan diri pemimpin itu dengan tuhannya. Walaupun di izinkan tetapi ia masih terikat akan neraca timbangan manfaat dan mudharat apabila dilakukan kritikan secara terang-terangan seperti juga apabila pemimpin itu kufur atau pemimpin zalim yang tidak menegakkan kitabullah maka wajib dipecat tetapi ia semua tertakluk dalam kaedah islam iaitu tindakan menentang atau menjatuhkan pemimpin itu hendaklah dengan cara yang tidak menimbulkan bencana fitnah yang lebih besar.

Maka dalam konteks 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dapat penulis membahagikan cara menasihati pemimpin itu kepada dua bahagian iaitu:

  1. Yang membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya
  2. Yang membabitkan pemimpin dengan rakyat

Sebelum penulis menghuraikan kedua-dua kaedah tersebut perlu kita ketahui dalam konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam konteks ‘mencegah kemungkaran’ iaitu ‘yang membabitkan pemimpin dengan rakyatnya’ dan ‘membabitkan pemimpin dengan tuhannya’ tidak boleh digabungkannya kedua-duanya menjadi satu kaedah dalam pelaksanaan pencegahan kemungkaran itu kerana kedua-duanya berbeza dari segi situasi dan keadaan seperti juga dalam kaedah tajassus. Maka tidak boleh digabungkan menjadi satu cara iaitu  kedua-dua kaedah itu dilaksanakan secara nasihat sendirian dalam melaksanakan  'Amar Makruf Nahi Mungkar' kepada pemimpin. Jika digabungkan kedua-dua kaedah itu maka menjadi satu kerosakan dan kesalahan dalam pelaksanaan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' itu. Berbalik kepada huraian tersebut iaitu:

Kaedah pertama iaitu membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya. Jika pemimpin itu melakukan maksiat kepada Allah seperti malas melakukan solat jemaah di Masjid, melakukan bid’ah, atau melebihkan diri dan keluarganya daripada hak rakyat selagi ia tidak mencabuli serta merampas hak rakyat dan sebagainya,maka sekiranya tidak sampai ketahap itu maka urusan dosa dia dengan Allah SWT tetapi menjadi kewajipan untuk menasihatinya tanpa berputus asa dan caranya hendaklah secara bersendirian tanpa membuka aibnya kerana ia tidak membabitkan kemudharatan yang besar dan kemaslahatan hak rakyat tetapi jika maksiat itu jatuh ketahap membawa kekufuran yang nyata maka dibenarkan menasihati dan menentang secara terang-terangan kerana kekufurannya dibolehkan rakyat mencabut kesetiaan kepada pemimpin tersebut.

Inilah tindakan yang pernah dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar disebabkan tindakan kekufuran pemerintah tersebut. [Blog Al-Bakistani: “ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”]

Kaedah kedua iaitu membabitkan pemimpin dengan rakyat. Kemudharatan ini membabitkan hak dan kemaslahatan rakyat. Yakni pemimpin melakukan sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar seperti seseorang penguasa memberi arahan yang bercanggah dengan undang-undang, maka ia merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar, ini kerana, sudah tidak wujud lagi “kedaulatan undang-undang” atau pemimpin melakukan rasuah, merampas harta rakyat dan sebagainya. Justeru itu, selayaknya diberikan nasihat dan kritikan secara terbuka.

Tindakan ini pernah dilakukan oleh imam Nawawi terhadap Sultan Zahir Bebrus yang memerintah kerajaan mesir kerana telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa kepada orang ramai agar supaya arahan Sultan Zahir Bebrus itu tidak ditaati disebabkan tindakan mungkar yang dilakukan oleh Sultan tersebut.[Blog Al-Bakistani :“ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”]

Seperti juga tindakan Said Al-Musayyab seorang ulama tabiin yang dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Beliau sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulamak salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah. [Blog Al-Bakistani: “ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”]

Tindakan ulamak-ulamak tersebut bertepatan dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,

Maksudnya: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” [Shahih: Ibnu Majah (1275) ; Muslim]

Maka tidak salah melakukan demonstrasi secara aman kerana kemungkaran yang dilakukan pemimpin terhadap rakyat merupakan suatu tindakan yang bahaya . Ini supaya dapat memelihara kemaslahatan umat daripada diceroboh dengan sewenang-wenangnya. Apabila nasihat dilakukan secara tertutup maka pemimpin akan lebih selesa dan tidak takut kerana tiada tindakan daripada rakyat malah akan sewenang-wenangnya melakukan kerosakan secara berterusan dan ini lebih berbahaya kerana melibatkan masa depan masyarakat dan  negara dan jika dilakukan secara terang-terangan maka ada mudharatnya tetapi apabila rakyat bersatu sekurang-kurangnya ia boleh menggugat pengusaha daripada mengulangi lagi kemungkaran itu dengan sewenang-wenangnya berbanding secara nasihat sendirian.

Tetapi hendaklah kemungkaran itu jelas bukannya hanya khabar fasiq daripada orang ramai. Pandangan yang mengatakan demonstrasi termasuk tasyabbuh masih boleh dipertikaikan.Dalam demonstrasi aman yang dilakukan terhadap kezaliman pemimpin memang ada mudharatnya seperti akan berlakunya fitnah dan mungkin ada yang dipenjarakan tetapi hanya mudharat sementara waktu sahaja. Manakah yang lebih mudharatnya iaitu hanya beberapa individu ditangkap dan difitnah atau pemimpin sesuka hati merampas hak rakyat , tidak mengikut undang-undang, sistem ekonomi yang tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah atau membiarkan lagi berbagai-bagai kerosakan yang akan berlaku ? Maka demonstrasi dibenarkan untuk menyelamatkan dari berlaku mudharat jangka masa panjang . Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh iaitu:

" Apabila bertembung dua mudarat dalam satu waktu yang sama,maka hendaklah dielakkan mudarat yang lebih besar"

Tetapi hendaklah menjaga batasan - batasan yang telah diputuskan oleh para ulamak. Berbeza pula jika ia membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya maka nasihatnya secara sendirian tanpa membuka aibnya.

Selalunya demonstrasi aman yang dilakukan disebabkan kezaliman pengusaha akan berakhir dengan tragedi buruk. Realitinya ia berpunca daripada penentang pihak musuh bukan dari pejuang yang ingin menegakkan agama Allah. Jika kita menyalahkan pihak yang melakukan demonstrasi aman bagaimana pula golongan-golongan yang ingin menegakkan sunnah lalu membid’ahkan dan mensyirikkan amalan-amalan yang tidak disyariatkan bukankah selalunya akan berakhir dengan fitnah juga? Boleh lihat didalam kebanyakan-kebanyakan website dan blog berbagai-bagai fitnah yang dilontarkan dan akhirnya adakah mereka menerima atau menentang? Bukankah ini juga suatu perbalahan dan perpecahan dalam umat islam? Maka janganlah  berat sebelah dalam menentukan hukuman.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w juga tidakkah berlaku fitnah (kekacauan) dan perpecahan dalam menegakkan dakwahnya? Jika disebabkan berlaku fitnah dan perpecahan adakah bermakna kaedah dakwah Nabi Muhammad s.a.w itu salah? Sama sekali tidak! Sebagaimana yang penulis katakan fitnah itu berlaku dari pihak musuh bukannya pejuang yang ingin menegakkan agama Allah. Pejuang hanya menyatakan kebenaran maka dari situlah punca akan berlakunya pergolakan kerana berkata yang benar. Maka salahkah menegakkan kebenaran? Tidak dinafikan fitnah itu boleh muncul juga dari pihak yang menegakkan agama maka kita katakan salah tetapi secara realitinya siapakah dijalan yang benar? Yang ingin merosakkan agama atau yang menegakkan agama Allah?

Ketika pada zaman salaf juga dimana imam Ahmad, Imam Nawawi , Said Al-Musayyab dan beberapa ulamak salaf yang lain yang bertindak tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka yang melakukan kemungkaran, imam-imam tersebut bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, menegur dan seterusnya melawan bukankah juga boleh membawa kepada perpecahan, hilangnya wala’ dan bara’ dan berlakunya fitnah-memfitnah?

Setiap dakwah dalam siyasah memang ada risikonya tetapi bukan kita memandulkan dakwah tersebut dengan melontarkan tohmahan bahawa ia boleh membawa fitnah dan perpecahan tetapi perlu mencari alternatif untuk mengelakkan fitnah dan perpecahan itu maka kaedahnya perlu ditanamkan dan ditekankan tarbiyyah dan tashfiyyah kepada masyarakat sambil berdakwah dan berjihad. Ini supaya dapat meringankan lagi kemudharatan itu.

Ada yang berpandangan bahawa golongan ulamak salaf tersebut tersalah ijtihad dalam menyelisihi pemimpin fasiq dan zalim kerana telah berlaku kerosakan besar berbanding kezaliman pemimpin itu. Bagi mereka pemimpin zalim hendaklah ditaati dan apabila pemimpin melakukan kezaliman hendaklah menasihati pemimpin itu secara sendirian tanpa membuka aibnya dan berterusan menasihatinya walaupun pemimpin itu tidak terima.

Bagi pandangan penulis, sepatutnya apabila 'berterusan' pemimpin itu tidak terima nasihat sedangkan sudah banyak kezaliman yang dilakukan olehnya, itu menunjukkan dia sudah berasa tinggi dan berkuasa mutlak melakukan apa-apa sahaja kerana tiada sesiapa yang berani menghalanginya. Ini akan membawa lebih kerosakan kerana pemimpin itu akan melakukan apa-apa sahaja mengikut seleranya seperti merampas hak-hak rakyat, menangkap sesuka hati, undang-undang diselewengkan, melakukan rasuah, riba berleluasa, maksiat berleluasa, sistem ekonomi tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah dan berbagai-bagai kerosakan yang akan berlaku dan ini boleh membawa kerosakan lebih besar kepada negara dan masyarakat. Adakah apabila kemungkaran-kemungkaran itu masih berterusan maka kita hanya taat dan menasihatinya secara tertutup sedangkan pemimpin itu sudah muak akan nasihat yang diberikan atau sebaliknya yang akan berlaku?

Berbeza pula bagi pandangan yang tidak taat pada pemimpin zalim maka sekurang-kurangnya dapat meringankan lagi kerosakan itu. Ini kerana apabila rakyat bersatu menentang kemungkaran maka pemimpin akan berfikir panjang dan seterusnya akan menggugat pemimpin itu daripada melakukan kemungkaran sesuka hati. Maka tindakan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan lagi kemungkaran itu dan ini lebih baik daripada pandangan yang mengatakan perlu taat kepada pemimpin tersebut sedangkan kemungkaran semakin hari semakin berleluasa.

Kerosakan yang dilakukan ketika zaman salaf tersebut kerana memberontak dan melancarkan peperangan. Itu memang akan membawa kerosakan yang nyata. Ulamak telah sepakat bahawa pemimpin kufur wajib dipecat. Tetapi bolehkah menjatuhkannya? Sudah tentu tidak. Ini kerana untuk menjatuhkan pemimpin itu masih terikat akan manfaat dan mudharatnya jika tidak akan membawa kerosakan yang lebih besar.Demikian juga bagi pandangan yang mengatakan tiada ketaatan pada pemimpin zalim mereka juga masih terikat akan timbangan manfaat dan mudharatnya untuk menjatuhkan pemimpin itu. Kedua-dua situasi itu sama sahaja. Maka apakah akan juga berlaku kerosakan besar sedangkan mereka masih terikat dalam melakukan sesuatu tindakan itu mengikut neraca timbangan manfaat dan mudharatnya? Sudah tentu juga tidak! Maka tidak boleh disamakan tindakan pada zaman golongan salaf tersebut dengan realiti politik zaman ini kerana mereka memerangi pemimpin pada masa itu bahkan ada yang mengangkat senjata maka sudah tentu lebih besar akan kerosakannya.

Bagi penulis, pemimpin zalim masih perlu ditaati dengan syarat ditegakkan ‘Kitabullah’ dalam kepimpinannya dan konsep menasihatinya bukanlah dengan satu kaedah sahaja tetapi berdasarkan keadaan dan situasi seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini. Ini kerana pemimpin yang masih menegakkan’ Kitabullah’ apabila dia menetapkan satu keputusan bertentangan dengan hukum Allah kemungkinan kesalahannya dalam takwilan, mengikut hawa nafsu , jahil atau sebagainya dan apabila ditegur maka dia masih lagi akan dapat tertumpu kepada teks Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya kerana masih ada terikatan hati pemimpin itu dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Sesuatu kemungkaran yang dilakukan pemimpin dan rakyat tidak bertindak dengan sebetulnya yakni masih taat dan mengharapkan doa kepada Allah maka tidak dimakbulkan doa tersebut dan adzab Allah yang selayak bagi mereka semua. Hudzaifah Bin Al-Yaman berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: “Demi jiwaku yang berada ditangan-Nya, perintahkanlah oleh kalian kepada yang ma’ruf dan laranglah kemungkaran.Aku khawatir Allah akan mengirimkan adzab kepada kalian semua kerana kemungkaran, kalian kemudian berdoa kepada-Nya , akan tetapi Dia tidak memakbulkan doa kalian” [Ash-Shahihah : 2868 ; Muttafaq alaih].

_______________________________________________________________________

Wallahua'lam

Muhammad Fakhruddin Ismail

Thursday, October 22, 2009

Tiada Ketaatan Apabila Tidak Menegakkan Al-Quran Dan As-Sunnah

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya Min Fiqh Daulah Fil Islam mengatakan pada zaman sekarang para pemimpin dengan sengaja telah memakai undang-undang yang bercanggah dengan hukum Allah dengan memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan harta, maruah dan darah orang ramai. Lebih dari itu, mereka juga mengeluarkan undang-undang yang memaksa umat islam mengamalkan undang-undang selain hukum Allah yang tertera dalam kitab-Nya dan dalam sunnah Rasul-Nya. Mereka lebih mementingkan hukum ciptaan orang kafir daripada hukum yang diturunkan Allah. Seolah-olah mereka sengaja ingin menentang hukum dan agama Allah.

Tidak ragu lagi, tindakan seperti inilah yang disebut sebagai KUFUR! Tidak ada satu orang islam pun berbeza pendapat dalam mengkafirkan orang seperti ini, meskipun mereka masih lagi berselisih pendapat mengenai kafirnya orang-orang yang memasarkan undang-undang moden ini dan menyeru kepadanya.

Perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini ialah meninggalkan islam secara keseluruhan,memilih hukum lain selain hukum Allah dan rasul-Nya serta membekukan setiap peraturan dalam syariat Allah. Lebih dari itu, masyarakat kita juga telah pandai menyimpulkan bahawa undang-undang moden lebih utama berbanding hukum-hukum yang diturunkan Allah.Para pengkaji hukum moden berpendapat bahawa syariat Allah telah diturunkan bukan untuk dipraktikkan pada zaman kita. Zaman tersebut telah berlalu, dan atas sebab-sebab tertentu hukum-hukum yang dipraktikkan pada zaman itu telah pun terbatal.

Demikianlah pandangan penganalisis dan pelaksanaan hukum pada zaman ini dan Dr Yusuf Al-Qaradawi juga menjelaskan lagi tidak pernah berlaku pada zaman Abu Majlaz (tabi’in) atau zaman sebelumnya, bahawa seorang pemimpin telah memutuskan satu perkara kerana sengaja mengingkari hukum syariah, atau kerana lebih mengutamakan hukum orang kafir berbanding hukum Allah. Perkara seumpama iu tidak pernah berlaku sama sekali!

Maka sepertimana yang telah dijelaskan oleh al-Qaradawi boleh penulis merumuskan bahawa tiada lagi ketaatan bagi pemerintah yang tidak  menyakini keunggulan syariat islam lalu melaksanakan hukum bukan islam lebih tinggi daripada hukum islam dan berterusan melakukannya sedangkan sudah ada kemampuan untuk melaksanakannya maka ia termasuk suatu kemungkaran yang tersangat jelas yang membawa kepada kekufuran. Maka dibolehkan menarik kesetiaan kepadanya dan wajib ditukar pemimpin tersebut jika sudah berusaha manasihatinya. Ini berdasarkan dari hadis Ubadah bin Somit ra :

Maksudnya: “Nabi s.a.w telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika berbaiah, supaya kami dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas (senang), atau dalam keadaan benci, keadaan susah atau dalam keadaan mudah, Dan kami dipesan agar tidak menanggalkan urusan kepada ahlinya (mencabut ketaatan kami kepadanya) melainkan setelah kamu melihat kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah yang menjadi bukti (keterangan).” (Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. [Al Ma'idah:44]

Begitu juga pemerintah yang mengingkari akan kewajipan melaksanakan solat maka wajib dipecat kerana dia telah menzahirkan akan kekufurannya iatu dalil yang tidak boleh dibuat sebarang takwilan lagi.. Telah bersabda baginda Nabi s.a.w :

Maksudnya : “Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Sahih Muslim no.1482 Jilid 3 )

Maka jika sudah jelas akan kekufurannya maka islam membenarkan memecat dan menjatuhkan pemerintah tersebut berdasarkan kaedah-kaedah islam iaitu tindakan memecat itu hendaklah dengan cara yang tidak menimbulkan bencana fitnah yang lebih besar. Inilah kaedah yang telah disepekati oleh para fuqaha.

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa tiada kesetiaan kepada pemimpin yang melakukan kekufuran dan berikutnya juga  tidak boleh taat kepada pemerintah yang tidak menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kepimpinannya walaupun ia fasik atau zalim. Ia berbeza jika seorang pemimpin yang menetapkan satu keputusan bertentangan dengan hukum Allah kemungkinan kesalahannya dalam takwilan, mengikut hawa nafsu atau jahil dan sebagainya tetapi dalam suasana yang terakhir ini dia masih lagi bertumpu kepada teks Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya maka kesetiaan masih diberi kepadanya.

Jika terjadi salah satu antara kedua-dua kategori itu iaitu jelas kekufurannya dan tidak menegakkan Kitabullah maka tiada lagi diberi ketaatan kepada pemimpin tersebut.

Ummil Husain berkata :

Maksudnya : “Aku pernah dengar Rasulullah bersabda sekiranya kamu diperintah oleh hamba sahaya dari golongan habsyi yang cacat, maka hendaklah kamu dengar dan taat terhadapnya selama dia memimpin kalian dengan Al-Quran.” [ Shahih: Azh-Zhilal:1062 dan 1063, HR. Muslim dan Shahih Sunan Ibn Majah:2328 oleh Al-Albani]

Maka hadis-hadis yang mewajibkan ketaatan pada pemerintah  ianya masih terikat jika pemerintah memimpin berdasarkan kitabullah dalam dasar pentadbirannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis tersebut.

Sebab itu ketika Saidina Abu Bakar r.a menjadi Khalifah pernah berkata dalam pidatonya:

Setelah Abu Bakar memuji Allah, “amma ba’du, para hadirin sekalian, sesungguhnya aku telah dipilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik, maka jika aku berbuat kebaikan maka bantulah aku. Dan jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah, sementara dusta adalah satu pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kalian sesungguhnya kuat di sisiku sehingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya insyaAllah. Sebaliknya siapa yang kuat di antara kalian maka dialah yang lemah di sisiku hingga aku akan mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah akan timpakan kepada mereka kehinaan, dan tidaklah suatu kekejian tersebar di tengah suatu kaum kecuali azab Allah akan ditimpakan kepada seluruh kaum tersebut. Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan Rasul-Nya. tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan solat semoga Allah merahmati kalian.”  (Al Bidayah wan Nihayah - m/s 53 . Imam Ibnu Katsir mengatakan sanad itu sahih)

Perhatikan kandungan pidatonya itu. “Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku.” Berdasarkan dari ucapannya itu dapat dirumuskan bahawa syarat kesetiaan kepada pemimpin itu jika pemerintah menegakkan Kitabullah. Ini bersesuaian dengan hadis Ummil Husain sebagaimana sabda baginda Nabi s.aw. iaitu  " dengar dan taat terhadapnya selama dia memimpin kalian dengan Al-Quran"

Maka hadis Ummil Husain dengan hadis ketaatan kepada pemimpin zalim itu masih terikat antara satu sama lain. Ini kerana Hadis Ummil Husain itu jelas iaitu menjadi syarat keutamaan kesetiaan kepada pemimpin itu jika pemerintah menegakkan Kitabullah. Jika tidak maka kesetiaan kepadanya akan tercabut. Antara hadis-hadis ketaatan kepada pemimpin zalim adalah seperti berikut.

Sabda baginda Nabi s.a.w;

Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah”. [Bukhari & Muslim]

Dan juga daripada Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” [Riwayat al-Bukhari, jil 6, no.2588]

Apabila seseorang itu mengkritik perbuatan pemimpin bukan bermakna mereka tidak taat kerana dalam ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ diwajibkan untuk dicegah jika perkara itu mungkar tetapi ketaatan masih diberi kepada pemimpin itu jika ia masih menegakkan kitabullah walaupun disebalik kezalimannya.Setiap arahan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah tidak wajib ditaati tetapi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat maka wajib ditaati dengan syarat agama masih ditegakkan.

Maka apabila bertembung dengan hadis seperti ini: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah” maka kita perlu melihat dalam konteks maqasid. Dalam maqasid, islam menjaga maslahat agama, nyawa, keturunan, akal dan harta . Jika pemimpin itu melaksanakan kitabullah iaitu masih mempertahankan agama tetapi ada kezaliman disebaliknya iaitu merampas harta rakyat maka secara kaedahnya ia termasuk kategori 'Dharuriyyat' yakni melibatkan mudharat harta tetapi disebalik kezaliman itu, agama masih ditegakkan oleh pemimpin. Maka apabila bertembung kedua-duanya ia perlu dilihat dalam konteks neraca muwazanat, yakni menjaga agama itu lebih diutamakan berbanding menjaga harta. Maka ketaatan masih diberi kepada pemimpin itu kerana masih menegakkan agama tetapi disebalik kemungkaran yakni merampas harta rakyat maka ia perlu ditentang kerana ia termasuk dalam ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ kerana ia melibatkan harta rakyat bukannya yang membabitkan pemimpin dengan tuhannya [1] dan juga tidak sampai kepada menjatuhkannya kerana kepimpinannya masih berdasarkan kitabullah melainkan tidak ditegakkan agama maka wajib dipecat dan dijatuhkan berdasarkan kaedah-kaedah islam.

Sesuatu kemungkaran yang dilakukan pemimpin dan rakyat tidak bertindak dengan sebetulnya yakni masih taat dan mengharapkan doa kepada Allah maka tidak dimakbulkan doa tersebut dan adzab Allah yang selayak bagi mereka semua. Hudzaifah Bin Al-Yaman berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: “Demi jiwaku yang berada ditangan-Nya, perintahkanlah oleh kalian kepada yang ma’ruf dan laranglah kemungkaran.Aku khawatir Allah akan mengirimkan adzab kepada kalian semua kerana kemungkaran, kalian kemudian berdoa kepada-Nya , akan tetapi Dia tidak memakbulkan doa kalian” [Ash-Shahihah : 2868 ; Muttafaq alaih].

______________________________________________________________________

[1] Sudah dijelaskan dalam artikel:“Kaedah Menasihati pemimpin:Pandangan Ketiga”

Wallahua'lam

Muhammad Fakhruddin Ismail

Kaedah Menasihati pemimpin: Pandangan Ketiga

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Permasalahan cara menasihati kepada pemimpin masih dalam perbincangan. Ada pandangan hanya membolehkan menasihati secara sendirian tanpa membuka aibnya dan ada pandangan yang sebaliknya. Artikel ini penulis akan cuba menjelaskan permasalahan-permasalahan tersebut .Setiap pandangan tidak lari daripada kesalahan termasuk penulis.Maka sebaiknya jadikan artikel ini sebagai perbincangan ilmiah.

Berikutnya adalah hadis yang membicarakan menasihati pemerintah secara sendirian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ;

Maksudnya:" Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka) Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajipannya." [ Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah:1096 Sanadnya sahih.]

Illat dalam hadis itu iaitu menasihati secara bersendirian supaya tidak berlaku bahaya yang lebih besar. Jika diperhatikan memang kelihatan syarat menasihatinya tidak boleh mendedahkan kepada rakyat tetapi ia tidaklah mutlak kaedahnya seperti mana hadis ketaatan kepada pemimpin zalim. Adakah ketaatan seorang isteri kepada suaminya mutlak sehingga dia boleh melakukan sesuatu yang sewenang-wenang terhadap isterinya? Adakah jika seorang suami memerintah isterinya melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka wajib ditaati? Tidaklah islam itu sedemikian rupa sehingga tiada ruang untuk memberi keadilan kepada isterinya. Begitu juga dalam isu ketaatan kepada pemimpin.Ketaatan kepada pemimpin zalim selagi ia masih menegakkan 'Kitabullah'.[1]

Demikian juga dalam hal menasihati pemimpin iaitu tidaklah mutlak dalam satu kaedah. Jika dilihat dalam kaedah tajassus (mengintip) iaitu “asal sesuatu maksiat itu dilarang tajassus” kerana ia melibatkan maksiat atau kemungkaran peribadi yg membabitkan diri seorang insan dengan tuhannya seperti melakukan zina, minum arak dan sebagainya.Sekiranya maksiat itu dilakukan terang-terangan maka perlu dihukum tetapi sebaliknya dibolehkan tajassus sekiranya membabitkan dengan manusia seperti rasuah, merompak dan sebagainya kerana kemudharatannya yang lebih besar daripada tajassus.

Begitu juga dalam konteks 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam isu kepimpinan maka secara kaedahnya “asal sesuatu nasihat itu tidak dibenarkan secara terbuka” sepertimana dalam hadis mengenai cara menasihati pemimpin tetapi apabila melibatkan hak rakyat dirampas, undang-undang diselewengkan dan sebagainya maka dibenarkan nasihat dan kritikan secara terang-terangan kerana melibatkan kemaslahatan umat dan kemudharatan yang lebih besar maka dibenarkan sekiranya ia membabitkan pemimpin dengan rakyat bukannya membabitkan diri pemimpin itu dengan tuhannya. Walaupun di izinkan tetapi ia masih terikat akan neraca timbangan manfaat dan mudharat apabila dilakukan kritikan secara terang-terangan seperti juga apabila pemimpin itu kufur atau pemimpin zalim yang tidak menegakkan kitabullah maka wajib dipecat tetapi ia semua tertakluk dalam kaedah islam iaitu tindakan menentang atau menjatuhkan pemimpin itu hendaklah dengan cara yang tidak menimbulkan bencana fitnah yang lebih besar.

Maka dalam konteks 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dapat penulis membahagikan cara menasihati pemimpin itu kepada dua bahagian iaitu:

  1. Yang membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya
  2. Yang membabitkan pemimpin dengan rakyat

Sebelum penulis menghuraikan kedua-dua kaedah tersebut perlu kita ketahui dalam konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam konteks ‘mencegah kemungkaran’ iaitu ‘yang membabitkan pemimpin dengan rakyatnya’ dan ‘membabitkan pemimpin dengan tuhannya’ tidak boleh digabungkannya kedua-duanya menjadi satu kaedah dalam pelaksanaan pencegahan kemungkaran itu kerana kedua-duanya berbeza dari segi situasi dan keadaan seperti juga dalam kaedah tajassus. Maka tidak boleh digabungkan menjadi satu cara iaitu  kedua-dua kaedah itu dilaksanakan secara nasihat sendirian dalam melaksanakan  'Amar Makruf Nahi Mungkar' kepada pemimpin. Jika digabungkan kedua-dua kaedah itu maka menjadi satu kerosakan dan kesalahan dalam pelaksanaan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' itu. Berbalik kepada huraian tersebut iaitu:

Kaedah pertama iaitu membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya. Jika pemimpin itu melakukan maksiat kepada Allah seperti malas melakukan solat jemaah di Masjid, melakukan bid’ah, atau melebihkan diri dan keluarganya daripada hak rakyat selagi ia tidak mencabuli serta merampas hak rakyat dan sebagainya,maka sekiranya tidak sampai ketahap itu maka urusan dosa dia dengan Allah SWT tetapi menjadi kewajipan untuk menasihatinya tanpa berputus asa dan caranya hendaklah secara bersendirian tanpa membuka aibnya kerana ia tidak membabitkan kemudharatan yang besar dan kemaslahatan hak rakyat tetapi jika maksiat itu jatuh ketahap membawa kekufuran yang nyata maka dibenarkan menasihati dan menentang secara terang-terangan kerana kekufurannya dibolehkan rakyat mencabut kesetiaan kepada pemimpin tersebut.

Inilah tindakan yang pernah dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar disebabkan tindakan kekufuran pemerintah tersebut. [Blog Al-Bakistani: “ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”]

Kaedah kedua iaitu membabitkan pemimpin dengan rakyat. Kemudharatan ini membabitkan hak dan kemaslahatan rakyat. Yakni pemimpin melakukan sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar seperti seseorang penguasa memberi arahan yang bercanggah dengan undang-undang, maka ia merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar, ini kerana, sudah tidak wujud lagi “kedaulatan undang-undang” atau pemimpin melakukan rasuah, merampas harta rakyat dan sebagainya. Justeru itu, selayaknya diberikan nasihat dan kritikan secara terbuka.

Tindakan ini pernah dilakukan oleh imam Nawawi terhadap Sultan Zahir Bebrus yang memerintah kerajaan mesir kerana telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa kepada orang ramai agar supaya arahan Sultan Zahir Bebrus itu tidak ditaati disebabkan tindakan mungkar yang dilakukan oleh Sultan tersebut.[Blog Al-Bakistani :“ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”]

Seperti juga tindakan Said Al-Musayyab seorang ulama tabiin yang dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Beliau sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulamak salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah. [Blog Al-Bakistani: “ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”]

Tindakan ulamak-ulamak tersebut bertepatan dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,

Maksudnya: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” [Shahih: Ibnu Majah (1275) ; Muslim]

Maka tidak salah melakukan demonstrasi secara aman kerana kemungkaran yang dilakukan pemimpin terhadap rakyat merupakan suatu tindakan yang bahaya . Ini supaya dapat memelihara kemaslahatan umat daripada diceroboh dengan sewenang-wenangnya. Apabila nasihat dilakukan secara tertutup maka pemimpin akan lebih selesa dan tidak takut kerana tiada tindakan daripada rakyat malah akan sewenang-wenangnya melakukan kerosakan secara berterusan dan ini lebih berbahaya kerana melibatkan masa depan masyarakat dan  negara dan jika dilakukan secara terang-terangan maka ada mudharatnya tetapi apabila rakyat bersatu sekurang-kurangnya ia boleh menggugat pengusaha daripada mengulangi lagi kemungkaran itu dengan sewenang-wenangnya berbanding secara nasihat sendirian.

Tetapi hendaklah kemungkaran itu jelas bukannya hanya khabar fasiq daripada orang ramai. Pandangan yang mengatakan demonstrasi termasuk tasyabbuh masih boleh dipertikaikan.Dalam demonstrasi aman yang dilakukan terhadap kezaliman pemimpin memang ada mudharatnya seperti akan berlakunya fitnah dan mungkin ada yang dipenjarakan tetapi hanya mudharat sementara waktu sahaja. Manakah yang lebih mudharatnya iaitu hanya beberapa individu ditangkap dan difitnah atau pemimpin sesuka hati merampas hak rakyat , tidak mengikut undang-undang, sistem ekonomi yang tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah atau membiarkan lagi berbagai-bagai kerosakan yang akan berlaku ? Maka demonstrasi dibenarkan untuk menyelamatkan dari berlaku mudharat jangka masa panjang . Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh iaitu:

" Apabila bertembung dua mudarat dalam satu waktu yang sama,maka hendaklah dielakkan mudarat yang lebih besar"

Tetapi hendaklah menjaga batasan - batasan yang telah diputuskan oleh para ulamak. Berbeza pula jika ia membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya maka nasihatnya secara sendirian tanpa membuka aibnya.

Selalunya demonstrasi aman yang dilakukan disebabkan kezaliman pengusaha akan berakhir dengan tragedi buruk. Realitinya ia berpunca daripada penentang pihak musuh bukan dari pejuang yang ingin menegakkan agama Allah. Jika kita menyalahkan pihak yang melakukan demonstrasi aman bagaimana pula golongan-golongan yang ingin menegakkan sunnah lalu membid’ahkan dan mensyirikkan amalan-amalan yang tidak disyariatkan bukankah selalunya akan berakhir dengan fitnah juga? Boleh lihat didalam kebanyakan-kebanyakan website dan blog berbagai-bagai fitnah yang dilontarkan dan akhirnya adakah mereka menerima atau menentang? Bukankah ini juga suatu perbalahan dan perpecahan dalam umat islam? Maka janganlah  berat sebelah dalam menentukan hukuman.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w juga tidakkah berlaku fitnah (kekacauan) dan perpecahan dalam menegakkan dakwahnya? Jika disebabkan berlaku fitnah dan perpecahan adakah bermakna kaedah dakwah Nabi Muhammad s.a.w itu salah? Sama sekali tidak! Sebagaimana yang penulis katakan fitnah itu berlaku dari pihak musuh bukannya pejuang yang ingin menegakkan agama Allah. Pejuang hanya menyatakan kebenaran maka dari situlah punca akan berlakunya pergolakan kerana berkata yang benar. Maka salahkah menegakkan kebenaran? Tidak dinafikan fitnah itu boleh muncul juga dari pihak yang menegakkan agama maka kita katakan salah tetapi secara realitinya siapakah dijalan yang benar? Yang ingin merosakkan agama atau yang menegakkan agama Allah?

Ketika pada zaman salaf juga dimana imam Ahmad, Imam Nawawi , Said Al-Musayyab dan beberapa ulamak salaf yang lain yang bertindak tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka yang melakukan kemungkaran, imam-imam tersebut bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, menegur dan seterusnya melawan bukankah juga boleh membawa kepada perpecahan, hilangnya wala’ dan bara’ dan berlakunya fitnah-memfitnah?

Setiap dakwah dalam siyasah memang ada risikonya tetapi bukan kita memandulkan dakwah tersebut dengan melontarkan tohmahan bahawa ia boleh membawa fitnah dan perpecahan tetapi perlu mencari alternatif untuk mengelakkan fitnah dan perpecahan itu maka kaedahnya perlu ditanamkan dan ditekankan tarbiyyah dan tashfiyyah kepada masyarakat sambil berdakwah dan berjihad. Ini supaya dapat meringankan lagi kemudharatan itu.

Ada yang berpandangan bahawa golongan ulamak salaf tersebut tersalah ijtihad dalam menyelisihi pemimpin fasiq dan zalim kerana telah berlaku kerosakan besar berbanding kezaliman pemimpin itu. Bagi mereka pemimpin zalim hendaklah ditaati dan apabila pemimpin melakukan kezaliman hendaklah menasihati pemimpin itu secara sendirian tanpa membuka aibnya dan berterusan menasihatinya walaupun pemimpin itu tidak terima.

Bagi pandangan penulis, sepatutnya apabila 'berterusan' pemimpin itu tidak terima nasihat sedangkan sudah banyak kezaliman yang dilakukan olehnya, itu menunjukkan dia sudah berasa tinggi dan berkuasa mutlak melakukan apa-apa sahaja kerana tiada sesiapa yang berani menghalanginya. Ini akan membawa lebih kerosakan kerana pemimpin itu akan melakukan apa-apa sahaja mengikut seleranya seperti merampas hak-hak rakyat, menangkap sesuka hati, undang-undang diselewengkan, melakukan rasuah, riba berleluasa, maksiat berleluasa, sistem ekonomi tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah dan berbagai-bagai kerosakan yang akan berlaku dan ini boleh membawa kerosakan lebih besar kepada negara dan masyarakat. Adakah apabila kemungkaran-kemungkaran itu masih berterusan maka kita hanya taat dan menasihatinya secara tertutup sedangkan pemimpin itu sudah muak akan nasihat yang diberikan atau sebaliknya yang akan berlaku?

Berbeza pula bagi pandangan yang tidak taat pada pemimpin zalim maka sekurang-kurangnya dapat meringankan lagi kerosakan itu. Ini kerana apabila rakyat bersatu menentang kemungkaran maka pemimpin akan berfikir panjang dan seterusnya akan menggugat pemimpin itu daripada melakukan kemungkaran sesuka hati. Maka tindakan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan lagi kemungkaran itu dan ini lebih baik daripada pandangan yang mengatakan perlu taat kepada pemimpin tersebut sedangkan kemungkaran semakin hari semakin berleluasa.

Kerosakan yang dilakukan ketika zaman salaf tersebut kerana memberontak dan melancarkan peperangan. Itu memang akan membawa kerosakan yang nyata. Ulamak telah sepakat bahawa pemimpin kufur wajib dipecat. Tetapi bolehkah menjatuhkannya? Sudah tentu tidak. Ini kerana untuk menjatuhkan pemimpin itu masih terikat akan manfaat dan mudharatnya jika tidak akan membawa kerosakan yang lebih besar.Demikian juga bagi pandangan yang mengatakan tiada ketaatan pada pemimpin zalim mereka juga masih terikat akan timbangan manfaat dan mudharatnya untuk menjatuhkan pemimpin itu. Kedua-dua situasi itu sama sahaja. Maka apakah akan juga berlaku kerosakan besar sedangkan mereka masih terikat dalam melakukan sesuatu tindakan itu mengikut neraca timbangan manfaat dan mudharatnya? Sudah tentu juga tidak! Maka tidak boleh disamakan tindakan pada zaman golongan salaf tersebut dengan realiti politik zaman ini kerana mereka memerangi pemimpin pada masa itu bahkan ada yang mengangkat senjata maka sudah tentu lebih besar akan kerosakannya.

Bagi penulis, pemimpin zalim masih perlu ditaati dengan syarat ditegakkan ‘Kitabullah’ dalam kepimpinannya. dan konsep menasihatinya bukanlah dengan satu kaedah sahaja tetapi berdasarkan keadaan dan situasi seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini. Ini kerana pemimpin yang masih menegakkan’ Kitabullah’ apabila dia menetapkan satu keputusan bertentangan dengan hukum Allah kemungkinan kesalahannya dalam takwilan, mengikut hawa nafsu , jahil atau sebagainya dan apabila ditegur maka dia masih lagi akan dapat tertumpu kepada teks Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya kerana masih ada terikatan hati pemimpin itu dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Sesuatu kemungkaran yang dilakukan pemimpin dan rakyat tidak bertindak dengan sebetulnya yakni masih taat dan mengharapkan doa kepada Allah maka tidak dimakbulkan doa tersebut dan adzab Allah yang selayak bagi mereka semua. Hudzaifah Bin Al-Yaman berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: “Demi jiwaku yang berada ditangan-Nya, perintahkanlah oleh kalian kepada yang ma’ruf dan laranglah kemungkaran.Aku khawatir Allah akan mengirimkan adzab kepada kalian semua kerana kemungkaran, kalian kemudian berdoa kepada-Nya , akan tetapi Dia tidak memakbulkan doa kalian” [Ash-Shahihah : 2868 ; Muttafaq alaih].

_______________________________________________________________________

[1] Sudah dijelaskan dalam artikel :  " Tiada Ketaatan Apabila Tidak Menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah"

Wallahua'lam

Muhammad Fakhruddin Ismail

Thursday, July 16, 2009

Politik dan Realiti

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Fiqh Waqi’ diwujudkan untuk mengetahui hakikat realiti kaum muslimin masa kini, dan permasalahan-permasalahan yang timbul agar dapat membentuk dan melahirkan nilai-nilai yang positif. Maka setiap fatwa akan sentiasa berbeza mengikut masa, keadaan dan zaman.

Apabila sesuatu fatwa dikeluarkan berkenaan politik tanpa melihat kepada realiti sebenarnya, maka ia telah menyalahgunakan syariat dan secara realitinya hukum tersebut akan tersasar dari roh syariat . Maka dalam rumusan tersebut biasanya akan mengelirukan masyarakat malah akan secara tidak langsung memperketat dan mempersulitkan sesuatu pemasalahan yang sebenarnya diperbolehkan dan diperluaskan oleh Allah s.w.t.

Ini kerana apabila penetapan hukum syar’i dan pengambilan dalil tersebut walaupun kelihatan benar tetapi penetapan hukum tersebut apabila tidak direalisasikan pada sudut realitinya maka ia terpesong dari kebenaran.Bukan maksudnya bererti hukum itu tunduk kepada realiti. Tetapi realiti tersebut yang mengharuskan adanya hukum, demi terpeliharanya tujuan syariat secara umum dan terpelihara agama, jiwa, akal, harta serta keturunan. Realiti yang baik selalu menyeru kepada kebaikan dan menjauhkan dari keburukan. Sebagai contohnya isu perdamaian antara kedua-dua parti antara PAS dan UMNO yang diistilahkan sebagai kerajaan perpaduan. Penulis ada mengulas isu tersebut pada artikel lepas iaitu “ Belum Masanya Membentuk Kerajaan Perpaduan”. Walaupun ada pihak yang tidak setuju tetapi bagi penulis itu lebih baik daripada membentuk kerajaan perpaduan tersebut. Memang jika dilihat banyak dalil-dalil yang menyeru kepada perdamaian antara kedua-dua parti yang bertelingkah itu supaya dapat mewujudkan suatu suasana politik perdamaian tetapi dari sudut realitinya tidak sebegitu. Ini kerana perdamaian yang merampas hak-hak umat tidak dianggap suatu kebaikan melainkan perampas itu mengembalikan hak tersebut kepada pemiliknya.

PAS

Dalam kitab “Ad-Din wa As-Siyasah: Ta’shiilun wa Raddu Syubuhat” oleh Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawi beliau ada menyebut dan menukilkan pandangan Ibnu Qayyim (wafat 751 H) yang telah berhasil menyingkap ‘kabut’ pemahaman tentang politik serta menjelaskan perbezaan antara politik adil dan poliltik zalim. Bentuk politik yang adil disebut sebagai sebahagian daripada syariat, tidak keluar daripada ketentuan syariat, juga bukan merupakan hal yang berlawanan dengan syariat. Ibnu Qayyim RA menyebutkan dalam kitabnya Ath-Turuq al-Hukmiyah berpendapat tentang politik yang dicetuskan oleh seorang ulamak bermazhab Hanbali yang bernama Abdul Wafa’ Ibnu Aqil (wafat 513H), seorang yang menurut Ibnu Taimiyah dikatakan sebagai ‘ salah seorang yang paling cerdas di dunia’. Setiap orang yang mempelajari mengenai Ibnu Aqil akan mengerti bahawa dia adalah seoarng yang sangat cerdas, wawasannya luas dan pemikirannya bebas.

Ibnu Qayyim berkata, “ Ibnu Aqil dalam AL-Funun menulis, ‘ Pemberlakuan as-siyasah asy-syariyah dalam suatu negara, adalah suatu kemestian dan dalam hal ini juga diperlukan seorang imam.” Seorang ulama bermazhab Syafi’I berkata, “ Tidak boleh ada politik, kecuali yang sesuai dengan syariat.”

Ibnu Aqil berkomentar,“Tindakan politik yang memang menghasilkan maslahat dan tidak menimbulkan bahaya kerosakan boleh diserahkan kepada manusia, walaupun tidak ada aturan daripada Rasulullah SAW mahupun wahyu Allah SWT. Jika yang tuan maksudkan denagn perkataan’ yang sesuai dengann syariat’ adalah tidak bertentangan dengan bunyi teks syariat, bererti tuan betul. Tetapi jika yang tuan maksudkan adalah tidak boleh ada politik, kecuali mesti sesuai dengan bunyi teks syariat, maka tuan salah dan bertentangan dengan apa yang dilakukan sahabat-sahabat.

Dalam kenyataan lain Ibnu Qayyim ada menyebut tentang sebahagian golongan yang perhamannya terhadap ketentuan syariat sangat dangkal. Mereka sebenarnya telah menyalahgunakan syariat, mengabaikan kebenaran, membiarkan orang-orang jahat melakukan kerosakan dan menjadikan syariat sebagai ajaran sempit yang jauh daripada maslahat umat. Mereka telah menutup dirinya dari jalan yang benar, jalan yang merupakan cara yang sudah diuji dapat digunakan untuk mencari dan melaksanakan kebenaran. Mereka menutup diri daripada realiti.Mereka juga beranggapan bahawa cara tersebut tidak sesuai dengan kaedah-kaedah syarak. Demi Allah, cara-cara tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW, walaupun kelihatan bertentangan dengan pemahaman mereka terhadap syariat.

Untuk membantah anggapan mereka, saya menjawabnya dengan tiga poin di bawah ini:

  1. Pandangan mereka adalah bukti adanya pemahaman yang dangkal terhadap syariat.
  2. Kesalahan dalam memehami realiti,
  3. Menjadikan syariat dan realiti sebagai dua hal yang bertentangan.

Pemahaman sempit terhadap syariat ini hanya akan menciptakan suasana politik buruk yang berpanjangan dan kerosakan yang benar-benar nyata. Akibat daripada pemahaman sempit ini, kekacauan pun bertebaran kesegenap penjuru dan sukar dicarikan jalan keluarnya.

Sementara golongan lain sangat berlebih-lebihan dalam memahami syariat, berbeza dengan golongan pertama, golongan ini sudah melampaui batas. Mereka berusaha menciptakan aturan yang bertentangan dengan ketentuan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Pandangan kedua golongan tersebut menunjukkan lemahnya pemahaman mereka terhadap ajaran Allah yang disampaikan kepada Rasul-Nya dan firman Allah yang disampaikan dalam kitab-kitab-Nya dengan tujuan agar tercipta keadilan di antara manusia. Keadilan merupakan sebab tegaknya bumi dan langit. Jika keadilan sudah tercipta, bagaimanapun cara yang digunakan, bererti syariat dan agama Allah sudah ditegakkan. Allah SWT Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, dan Maha Adil.Kerana itu Dia tidak menentukan suatu cara untuk menciptakan keadilan kemudian menolak cara lain yang lebih tepat dan lebih sesuai. Bahkan Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang sesuai dengan syariat adalah jika cara tersebut sesuai dengan tujuan Allah. Syariat Allah bertujuan untuk menciptakan keadilan maka cara tersebut adalah sebahagian daripada agama, dan tidak dianggap bertentangan dengan agama.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan pendapat Ibnu Qayyim adalah sangat tepat. Beliau menjelaskan bahawa letak kesalahan bukan pada syariat, tetapi terletak pada orang-orang yang menutup dengan mengatasnamakan syariat itu sendiri,semua jalan yang dapat digunakan untuk menciptakan maslahat, segala pemikiran tentang tujuan-tujuan syariat, serta segala perbahasan tentang impak yang dapat ditimbulan, keseimbangan dan skala keutamaan.

Mereka telah melakukan penyempitan sesuatu yang telah diperluaskan oleh Allah. Mereka juga menghalang umat daripada pelbagai maslahat akibat pemahaman yang keliru, kelambanan dan kejumudan mereka. Sebaliknya, ada golongan manusia yang pemahamannya melampaui batas iaitu orang-orang yang melepaskan diri dan tidak mahu menjalani ketentuan syariat. Pandangan mereka tidak mahu dibatasi oleh teks al-Quran dan hadis Nabi. Pada masa ini, ramai kita temui orang seperti itu, oarng-orang yang mengatasnamakan agama untuk memenuhi keinginan penguasa-penguasa dan pegawai-pegawai atasan. Di tangan mereka, syariat dianggap seperti adunan lunak dapat dibentuk seperti apa sahaja sesuai hasrat nafsu mereka dan keinginan tuan-tuan mereka.

Kebenaran berada diantara dua titik, penyempitan syariah yang dilakukan oleh golongan pertama dan perluasan tidak semestinya yang dilakukan oleh golongan kedua.

Muhammad Fakhruddin Ismail

Monday, June 22, 2009

Belum Masanya Membentuk Kerajaan Perpaduan

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Penulisan ini hanya pandangan peribadi penulis. Sesiapa yang tidak setuju terpulang tetapi yang setuju maka perlulah memperbaiki semula sikap-sikap kita sesama muslim kearah perpaduan rakyat. Maka tidak perlu melabelkan parti tersebut sebagai jijik,kotor, syaitan atau sikap yang tidak membawa kepada umat dan pemerintah pada yang makruf. Isu kerajaan perpaduan semakin hangat dibincangkan. Saya sendiri tidak pasti maksud sebenar Kerajaan Perpaduan atau Unity Government. Tapi yang pasti ia membawa kepada politik perdamaian.Bagi saya cadangan apa sahaja untuk mencari dan mencapai kemaslahatan umat dan membawa pendamaian sesama muslim maka saya sokong. Tetapi apakah bukti bagi UMNO untuk tidak mengkhianati PAS lagi?Adakah krisis perak dan ISA yang melahirkan kemarahan rakyat terhadap UMNO merupakan satu bukti mereka ingin berdamai?

hadi-dan-najib

Sebagai contohnya seseorang yang merampas hak milik orang lain kemudian mengharapkan perdamaian kepada pemiliknya tersebut dengan memberikan sebahagian rampasan tersebut kepada pemiliknya sebagai bukti perdamaian. Padahal sebahagian hak yang diberikan tersebut adalah hak pemilik tersebut. Apakah perampas yang terus mempertahankan rampasannya seperti itu boleh dianggap menginginkan perdamaian? Maka dari permasalahan tersebut jelas apabila seseorang yang merampas hak milik orang lain, tidak boleh dianggap bahawa ia menginginkan perdamaian sehingga ia mengembalikan hak tersebut kepada pemiliknya.

Bagi saya cadangan membentuk kerajaan perpaduan tidaklah saya sokong sepenuhnya dan tidaklah terus menolak. Apa saja yang membawa kepada kebaikan perlulah disokong tetapi perlulah dilihat pada realiti atau waqi’ politik sekarang.

Memang tidak dinafikan islam menyuruh melakukan perdamaian sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Juga sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Memang penetapan hukum syar’i dan pengambilan dalil tersebut adalah benar akan tetapi perlu dilihat juga penerapan hukum tersebut pada realitinya . Ini kerana tidak semua perdamaian membawa kebaikan sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud:

Perdamaian antara kaum muslimin adalah diperbolehkan kecuali perdamaian yang mengharamkan sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang haram…” (HR. Ahlu Sunan kecuali An Nasa’i, disahihkan oleh Al Albani dalam Shahihul Jami’ 3862)

Adakah setelah mewujudkan kerajaan perpaduan sikap rakyat terhadap sesama muslim dan juga pemerintah akan menghilangkan sikap kebencian, perbalahan, buruk sangka, fitnah-memfitnah dan pelbagai lagi yang telah lama menimbulkan kemarahan rakyat dan perbalahan antara parti-parti tersebut? Jika PAS mewujudkan kerajaan perpaduan maka pelbagai kemungkinan dan kebimbangan yang akan menyelubungi fikiran mereka. Kemungkinan sukar untuk menegakkan islam, ditakuti sejarah-sejarah hitam bersama UMNO akan berulang kembali, atau kemungkinan cadangan-cadangan mereka tidak akan diterima sama sekali walaupun jelas ia untuk kemaslahatan umat dan pelbagai lagi persoalan yang masih ditahap yang samar untuk dijawab melainkan mereka diberi beberapa kerusi yang penting. Maka perlu dilihat dari timbangan manfaat dan mudaratnya. Jika membentuk kerajaan perpaduan tetapi sukar untuk melaksanakan islam maka ia tidak perlu.

Maka mengapa kita tidak mewujudkan sahaja sikap perpaduan rakyat terhadap pemerintah dan sesama muslim seperti mana yang digariskan dalam al-Quran dan sunnah Rasul-Nya atau mewujudkan Ishlah yang paling agung dengan menyatukan manusia di atas kalimat tauhid dan mengajak umat Islam dari parti manapun untuk tunduk kepada Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan melepaskan diri dari berbagai tradisi dan keyakinan bid’ah yang menodai kesucian syari’at Islam. Apabila sikap buruk terhadap sesama muslim dapat dihakis maka itu juga satu perpaduan rakyat. Rakyat seharusnya bersikap dengan rasional dan bijak terhadap sesuatu perkara. Janganlah disebabkan kebencian kita terhadap parti tertentu mewujudkan suatu perpecahan dan perbalahan yang tidak berkesudahan. Hilangkan sikap mencerca, memaki anda itu kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan melainkan keburukan. Perkara-perkara yang boleh mewujudkan suatu kemungkaran terhadap pemerintah perlu dihentikan segera. . Ibn al-Jauzi r.h berkata:

“Tujuan amar makruf nahi mungkar ialah menghapuskan mungkar. Menggunakan perkataan yang keras akan menyebabkab pemerintah bertindak balas dengan melakukan perbuatan mungkar. Ini lebih mungkar daripada kemungkaran yang hendak dihapuskan.” [Ibn Muflih, al-Adab al-Syar’iyyah jil:1,m/s:197 dinukilkan oleh Dr Asri Zainul Abidin “Membela Islam Tanggungjawab & Dispilin].

Bagi saya perpaduan rakyat lebih diutamakan dari kerajaan perpaduan. Ia seperti juga dalam konsep jual beli. Sebagai contohnya kita mempunyai rakan yang suka menipu apabila berurusan berjual beli dengannya. Tetapi kita sebagai kawan yang sudah tahu sikapnya tidak perlulah berurusan dengannya dalam sesuatu jual beli tetapi bukan menunjukkan dia itu musuh kita. Sebagimana dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu.”[ An Nisaa' :29].

Maka dilarang kita berjual beli dengannya melainkan tiada lagi unsur penindasan dan redha kedua belah pihak. Begitu juga dalam kerajaan perpaduan jika parti tersebut masih tidak membuktikan kesungguhan mereka untuk berdamai dan masih melakukan penindasan maka bagi saya tidak perlu mewujudkan kerajaan perpaduan tetapi sikap rakyat terhadap pemerintah dan sesama muslim itu perlu diwujudkan. Tidak kita lihatkah bagaimana parti PAS, PKR dan DAP dapat bekerjasama walaupun amat banyak berlainan ideologi dan perjuangannya? Ini kerana sikap diantara mereka yang tidak menuding jari, memfitnah itulah yang menyatukan mereka walaupun ideologi dan perjuangan mereka berbeza.

Sesuatu perpecahan itu berlaku apabila sikap kita yang suka fitnah-memfitnah, berburuk sangka dan mempercayai gosip dusta itulah yang membawa kepada keburukan sebagaimana Firman Allah s.w.t:

Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku,supaya mereka berkata dengan kata-kata yang baik; Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. [ al-Isra’ : 53]

Maka belum tiba masanya membentuk kerajaan perpaduan melainkan dibuktikan secara jelas perdamaian tersebut. Ia juga boleh diibaratkan seperti pelaksanaan dalam hukum hudud kerana penolakan dalam pelaksanaan hukum hudud dibolehkan apabila berlakunya syubhat seperti mana tindakan umar ra. tidak memotong tangan pencuri kerana berlakunya musim kebuluran. Apabila sudah hilangnya punca kepada pelaksanaan hukum hudud maka secara tidak langsung pelaksanaannya dikembalikan. Begitu juga dengan kerajaan perpaduan apabila pelaksaaan kearah itu masih ditahap syubhat maka ia tidak perlu dilaksanakan melainkan dihilangkan punca kepada pelaksaaan tersebut iaitu dibuktikan dengan jelas bahawa parti tersebut memang bersedia untuk mewujudkan perdamaian itu.

Wallahua'lam

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Wednesday, June 10, 2009

Pemerintah Kawan atau Lawan?

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Apabila rakyat menganggap pemimpin pemerintahan sebagai lawan atau musuhnya maka akan lahirnya sikap ketidakpuashatian terhadap pemerintah walaupun adakalanya perkara yang benar dilakukan oleh pemerintah maka ia akan dianggap salah oleh pihak lawannya. Apa yang dipandang oleh mereka hanyalah pada sudut keburukan sahaja walaupun mereka sendiri tidak sedari betapa banyak keburukan yang mereka telah lakukan terhadap pemerintah mereka dengan lontaran fitnahnya, memaki hamunnya, buruk sangka, mengumpat dan pelbagai perkara yang jelas dilarang dalam islam. Jika diambil kira seseorang yang mengumpat sahaja yang bukan pada jalannya dosanya lebih besar daripada yang berzina. Ini kerana dosa mengumpat hanya layak diampun oleh orang yang diumpatkan berbeza dengan zina. Ini belum dikira dosa-dosa yang lain dengan makinya dan pelbagai lagi yang tidak disedari oleh diri sendiri.

Berapa ramaikah yang sudah berdoa kepada Allah s.w.t supaya pemerintah diberi taufiq dan hidayah untuk mereka dan agar mereka melaksanakan kewajipannya sebagaimana mestinya? Malah ada sesetengah orang yang bodoh menganggap pemerintah tersebut tidak layak untuk didoakan kerana kezalimannya tidak berhak untuk rakyat mendoakannya. Memang jelas itu adalah termasuk kebodohan mereka berfikir. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda daripada Abdullah bin Mas’ud:

“Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” [Riwayat al-Bukhari, jil 6, no.2588]

Termasuk permintaan hak kita kepada Allah sepertimana dalam hadis tersebut “ Dan mintalah kepada ALLAH hak kamu” adalah rakyat memohon kepada Allah supaya pemerintah diberi hidayah dan melaksanakan tanggungjawabnya yang telah diamanahkan. Hak rakyat akan dipenuhi jika pemerintah tersebut adalah yang adil dan baik. Di antara sebab kebaikan dan keadilan pemerintah tersebut adalah doa yang ikhlas kita kepada Allah s.w.t. Doa adalah senjata orang mukmin. Maka semakin ramai yang berdoa untuk kebaikan pemerintah semakin dekatlah pemerintah kepada kebenaran. Diriwayatkan dari Abu  Musa  al-Asy'ari  bahwasanya  Nabi  saw bersabda:

"Orang mukmin dengan mukmin yang lainnya bagaikan satu bangunan yang saling menguatkan antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya." [Muttafaq 'Alaih]

Jika rakyat berjalan di atas nasihat Nabi s.w.t ini, nescaya kabaikan akan diperolehi. Jika rakyat berjalan atas andaian nafsu mereka maka lebih banyak keburukan dan kesan yang akan dirasai.

Apabila rakyat mengganggap pemerintah sabagai temannya mereka akan sentiasa mendoakan kepada pemerintah tersebut dan tidak memburukkan dan memalukannya secara terbuka malah sentiasa menasihatinya. Pemerintah juga adalah manusia biasa seperti kita. Apabila meletakkan diri kita ditempatnya sudah tentu kita tidak mahu dicemuh dan dipermalukan oleh masyarakat. Apa reaksi anda apabila kesalahan yang dilakukan oleh anda sendiri dihebohkan oleh khalayak ramai? Sudah tentu malu dan kemungkinan bertindak luar batasan untuk menutup pintu kesalahan tersebut. Imam al-Syafi‘i rahimahullah (204H) berkata :

Bahawa barangsiapa yang menasihati temannya dengan rahsia, maka dia telah menasihati dan menghiasainya dan barangsiapa yang menasihatinya dengan terang-terangan, maka dia telah mempermalukan dan merosakanya. [Syarah Shahih Muslim (2/22) Kitab al Iman No. 49]

Begitu juga dalam menasihatii pemerintah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;

" Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangnanya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka) Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajipannya." [ Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya sahih.]

Jika nasihat tersebut tidak berjaya maka pemberi nasihat itu dianggap telah menunaikan tenggungjawabnya. Pemerintah juga akan tahu akibat perbuatannya disisi ALLAH.

Al-'Azhim al-Abadi r.h berkata:

"Para ulama berpendapat, kewajipan amar makruf nahi mungkar tidak gugur hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan (kepada pemerintah). Bahkan dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin. [Al-'Azhim al-Abadi, 'Aun al-Ma'bud, jil: 11, m/s: 330. Dinukilkan oleh Dr Asri Zainul Abdidn "Membela Islam Tanggungjawab & Dispilin"].

Apabila seseorang hendak mengkritik pemerintah hendaklah dilakukan secara rasional dan benar agar pemeintah kembali pada jalan yang benar maka hendaklah dilakukan secara makruf bukan dengan memaki hamun, berkata keras atau hanya untuk kepentingan diri atau parti tertentu. Ibn al-Jauzi r.h berkata:

“Tujuan amar makruf nahi mungkar ialah menghapuskan mungkar. Menggunakan perkataan yang keras akan menyebabkab pemerintah bertindak balas dengan melakukan perbuatan mungkar. Ini lebih mungkar daripada kemungkaran yang hendak dihapuskan.” [Ibn Muflih, al-Adab al-Syar’iyyah jil:1,m/s:197 dinukilkan oleh Dr Asri Zainul Abidin “Membela Islam Tanggungjawab & Dispilin"].

Memang kesabaran lebih diperlukan dalam meluruskan penyimpangan pemerintah. Maka tidak bolehlah kita menghilangkan kezaliman tersebut dengan cara yang salah dan menyimpang. Setiap pihak samada pengkritik pemerintah atau sebaliknya sudah saatnya melihat kaedah-kaedah yang penting dan meluruskan niat sehingga semua perkara akan terciptanya kebaikan bersama. Maka jadikanlah pemerintah sebagai kawan bukan lawan anda.

 

Wallahua'lam

 

Muhammad Fakhruddin Ismail