Monday, May 4, 2009

Syirik Moden Aura, Chakra,Kuasa Minda Dan Sewaktu Dengannya

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Artikel ini bukannya hendak menuduh atau memfitnah sesiapa yang mengamalkan perubatan dan amalan tersebut sesat tetapi kerana perbuatan dan kepercayaan terhadap sesuatu perkara itu yang saya maksudkan. Berdasarkan beberapa kenyatan di laman web tersebut saya melihat perkara ini melibatkan akidah muslim dan saya sebagai seorang muslim perlu ada rasa tanggunggjawab untuk memperbetulkan amalan perubatan tersebut supaya kita tidak terjerumus kekancah syirik. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya mempersekutukan Allah (Syirik) adalah benar-benar kezaliman yang besar." [Luqman : 13]

Rasulullah SAW bersabda:

Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan (yakni menyakinkan) [H.R al-Tirmizi disahihkan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi-hadis no:2518]

Maka dari situ segala perkara yang melibatkan antara urusan tauhid dan syirik perlu kita berwaspada. Janganlah disebabkan bisikan hati kita mengatakan tidak mengapa asalkan berkesan dan bermanfaat. Itu sudah jelas termasuk perkara yang syubhat. Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang ramai. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari).

Pertama sekali kita perlu fahami bahawa agama islam dibangunkan atas kedudukan yang dinamakan at-taslim, yakni penyerahan diri secara total kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan ajaran yang baginda bawa antaranya larangan untuk bertasyabbuh terhadap orang-orang kafir iaitu ciri-ciri khusus orang kafir baik dari segi ritual keagamaanya, akidahnya,adat-istiadatnya dan peribadatannya atau apa sahaja yang menunjukkan ciri khas mereka maka islam melarang. Jika bukan ciri khas orang kafir dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip syariat maka ia tidak termasuk tasyabbuh.

Rasulullah SAW bersabda:

“Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai (bertasyabbuh) dengan suatu kaum, maka ia termasuk di kalangan mereka”. (Riwayat Abu Daud, no. 3512, sahih).

Maka perlulah kita berwaspada dan berhati-hati pada amalan yang bersangkut-paut dengan orang kafir: Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan ikut cara umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hatta jika mereka masuk lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikutinya.” Sahabat bertanya: Golongan Yahudi dan Nasranikah(yang kamu maksudkan)? Baginda menjawab: (Kalau tidak mereka) Siapa lagi?” (Riwayat Al-Bukari dan Muslim).

Apa yang penulis lihat berkenaan perubatan menggunakan aura seri, chakra, kuasa minda dan sewaktu dengannya ianya boleh jatuh ketahap tasyabbuh dan syirik.Ini kerana apabila amalan tasyabbuh ini melibatkan keyakinan, beberapa perkara masalah ibadah atau masalah tauhid dan akidah maka ia boleh dihukum sebagai syirik.

Mungkin kita akan berkata itu semua sudah terbukti dalam kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanan perubatan tersebut. Memang benar tetapi kita perlu ingat sains bukanlah satu platform untuk menghalalkan segala-galanya jika ia jelas bertentangan dengan syariat islam. Contohnya teori Darwin di mana manusia berasal dari beruk maka sesiapa sahaja mempercayai teori tersebut akan rosaklah akidahnya.

Berikut adalah beberapa keterangan tentang aura seri dan kegunaannya. Untuk lebih terperinci anda boleh melihat web tersebut seperti :

  1. Dan lain-lain

Apa itu Aura Seri?

Aura Seri ialah adunan minyak aroma pati bunga-bungaan terpilih yang di pertenagakan dengan Tenaga Alam semesta, tenaga kristal, tenaga garam kristal dan tenaga bunga emas. Ia mampu membangkitkan aura anda dalam tempoh paling singkat dan mudah.

Katanya lagi: Aura Seri adalah produk yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk dalam keadaan kecemasan. Kita sebagai masyarakat Melayu mempercayai bahawa mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.[1]

Kegunaan Aura Seri

1. Aura Seri buleh dijadikan `Pagar Rumah?

    • Sediakan campuran air dan 7 titisan aura seri ,boleh gunakan pam air semburan.
    • Ambil wudhu dan muali dengan azan@qamat
    • Mulakan di pintu sebelah kanan bacalah Al-Fatihah 3 kali , Ayat Kursi 7 kali dan semburkan ke dinding rumah dengan diiringi dengan kalimah Allahu Akbar seberapa banyak yg mungkin.
    • Elakkan semburan di pintu kerana ianya merupakan laluan malaikat dan rezeki yg keluar masuk rumah.
    • Setelah tamat masuk kembali ke pintu utama tutup kembali dengan Al-Fatihah 3 kali dan Ayat Kursi 7 kali.
    • Semoga dengan ikhtiar ini membantu utuk menjalani kehidupan yg lebih hening dan sejahtera dan jauh dari gangguan unsur jin dan syaitan yg telah berjanji menghuru-harakan manusia.Insyallah...

2. Untuk mempercepatkan jodoh...( petikan kursus dengan DR.Ibrahim )

    • Mandi dengan aura seri ikut step kat atas..
    • Niatkan agar dipermudahkan jodoh.
    • Mesti di niatkan dengan keinginan yg bersungguh-sungguh .
    • Petikan kursus DR.Ibrahim dari pengedar : "Kawan saya nih dah 3 kali putus tunang, dan saya terfikir nak bagi dia try aura seri..dan alhamdulillah selepas 3 bulan dia mendapat jodoh dia...alhamdulillah...

3. Jika dikhuatiri ada gangguan makhluk halus

    • Niatkanlah.. Mohon pd Allah : "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redha makhluk halus berada di dalam tubuhku, sekiranya ada Ya Allah engkau musnahkanlah, hancurkanlah, jauh dan pergikanlah ganguan itu beserta dengan air yang mengalir ini...( Bayangkan sepenuh hati & minda)....InsyaAllah moga-moga usaha kita membantu dan berhasil...Munajat pd Allah...tingkatkan amalan...semoga gangguan sepsis mampu kita hindari. Lepas mandi, titik 1 titis kat tangan dan gosok2 kan dgn kedua2 belah tangan smpi tapak tgn rasa hangat skit, then baru sapu kat muka...sambil gosok tu smbil niat...

4. Lain-lain kegunaan Aura Seri

    • Anda menderita gaot ~ Anda boleh mencuba kaedah ini...ambil baldi dan diisi dengan ketul ais ( agak-agak lah) letak air dan ditambah dengan titisan aura seri kalau ada garam kristal boleh letak 1 penutup... Rendam kaki anda selama mana anda tahan.. Insya Alllah..kaki anda akan terasa lebih ringan ..
    • Demam panas ~ mandi & sapu aura seri insyaallah panas akan turun serta merta...
    • Chicken pox ~ sapu aura seri kat bdn, pasti xgatal2...
    • Kencing manis ~ sapu je kt tmpt luka insyallah xmelarat..
    • Gangguan Saka/Sihir/Santau ~ amalkan mandian aura seri + garam kristal , spray kan sudut2 rumah dengan aura seri dan letakkan campuran aura seri + garam kristal di sudut2 rumah ..insyallah khasiat yg terkandung di dalam aura seri dan garam kristal dapat mengkucar-kacirkan anasir2 negatif yg berada di dalam badan...seperti testimoni dr ibrahim yg mana seorang yg terkena santau mengamalkan mandian aura seri dan garam kristal keluar kaca2 halus dari bulu roma beliau...[2]

Hubungkait Aura Dalam Kehidupan

clip_image002

Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yang berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling perlahan di bahagian bawah dan paling laju di bahagian Crown Chakra).

Medan tenaga ini (Aura) mempunyai 7 pintu tenaga yg diwakili oleh warna-warna pelangi yang berada di badan kita yang lebih dikenali sebagai Chakra. Chakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang. Pintu-pintu chakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita. Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat atau tertutup, maka, ada kemungkinan kita akan terjebak di dalam konflik atau masalah yang akan menjejaskan perkembangan personaliti kita.  Ia akan menjadikan kita penyedih, pemendam, baran, kurang keyakinan, berfikiran negative yang menebal, pelupa, hilang fokus dan sebagainya.[3]

Apa Itu Kuasa Minda?

Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA kian popular dalam masyarakat di negara ini. Adalah penting untuk  mendedahkan fungsi Kuasa Minda atau Mind Power dan tahu bagaimana mengimplementasikan tenaga dalaman ini dalam kehidupan seharian, baik dalam rumah tangga, pejabat, mahupun institusi lain yang berkaitan. Di negara-negara maju, pendedahan seumpama ini telah lama mendapat perhatian dan dianggap sebagai salah satu ilmu yang amat berkesan bagi melahirkan individu yang mantap fizikal, mental, emosional dan spiritualnya. dari itu tidak hairanlah mengapa mereka sering dikatakan sebagai masyarakat yang ke hadapan dari aspek pembangunan minda, akademik dan sebagainya. Kenapa tidak kita? [4]

Fatwa Ulamak

Berikut adalah fatwa Dar al-Ifta’ Mesir tentang YOGA. Kemungkinan boleh dikaitkan dengan amalan kuasa minda,tenaga dalaman, chakra, aura dan seumpamanya.

Bahawa pergerakan senaman semata-mata yang bermanfaat bagi tubuh atau sebahagian anggota badan, tidak salah dan tidak haram tetapi ini tidak dinamakan yoga. Bahawa apa yang disandarkan kepada nama ini (yoga) semestinya dikaitkan dengan konsep ‘guru’ (mursyid), konsep cakra (titik-titik pusat) dan konsep ‘energi’ (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-konsep yang berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya pergerakan semata-mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga). Pemaksaan seseorang untuk menamakan pergerakan-pergerakan badan ini sebagai yoga tidak harus dari segi syara’. Ia termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan bukan namanya yang boleh menatijahkan penghalalan atau pengharaman sesuatu, dan ia telah pun ditegah.

Rasulullah SAW bersabda: ”Akan ada manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka gelarkan bukan dengan namanya”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al- Asy’ari r.a. Dalam riwayat al-Darimi daripada ’Aisyah r.a.h. menyebut: ”Mereka menamakannya dengan selain namanya lalu menghalalkannya (arak)”.[5]

Fatwa from Dr. Abdullah Al-Faqih, Supervisor of Fatwa Center at Islamicweb.com, states about the energy therapy.

Question:

Dear scholars, As-Salamu `alaykum. A TV program hosted a specialist in the field of energy therapy. In the program, the specialist said that energy therapy is a Japanese exercise called (Reiki Jin-Kei-Do). According to her, it is not a new science, as it is practiced in Islam under the name of ruqyah, which can be considered a variety of energy therapy. The concept of energy therapy revolves around treating the electromagnetic field of the body. She also gave the address of a Web site that gives more information on this. How do you view this type of treatment? And what is the Islamic ruling on it? Jazakum Allah khayran.

Answer:


Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear sister in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His sake.
Generally speaking, energy therapy involves two different branches. The first is offered in special hospitals with certain methods that are free of polytheist rituals and phrases. There is no harm, as far Islam concerned, in practicing and undergoing this type of therapy.

The other branch, however, includes prohibited practices. The type mentioned in the question belongs to this prohibited branch of energy therapy since it is composed of Buddhist rituals. The advocates of this kind of therapy try to deceive people by claiming that it is merely another form of Islamic ruqyah. This is a big lie. Islamic ruqyah depends only on the noble verses of the Qur’an and the authentic hadiths of the Prophet (peace and blessings be upon him).

In his response to your question,Dr. Abdullah Al-Faqih, Supervisor of Fatwa Center at Islamicweb.com, states:

The energy therapy mentioned in the question is definitely prohibited. Such kind of therapy is no more than polytheist rituals which are performed in East Asia. As the questioner said, it is a Japanese practice called Reiki Jin-Kei-Do.

Visiting the Healing Touch Web site, one realizes that it propagates Buddhism, a polytheist religion based on worshiping others than Allah. The site admits that one who seeks this kind of therapy must be a Buddhist to attain the highest level of benefit. If one wants to make use of this kind of therapy, one should swear allegiance to Buddha and his teachings. The apparent minor details of this therapy are available and attainable, but the principal facts and details are available only for Buddhists.

According to the Web site, this kind of therapy involves daily tasks that include practicing yoga exercises, reading Buddhist books, and repeating the oath of allegiance. Such acts, in fact, are kufr (disbelief in Allah), which must be denounced and rejected no matter what title or name they come under. The world today witnesses a wave of calls for Buddhism, especially in the areas of medication and sports. Thus, Muslims must be on the alert.

To claim that such therapy is known in Islam under the name of ruqyah is brazen lying. In Islam, ruqyah means reciting parts of the Qur’an or some supplications mentioned by the Prophet (peace and blessings be upon him). They are based on belief in the Oneness of Allah, not in Buddha and his teachings. This fact draws a demarcation line between monotheism and polytheism, belief and disbelief.

So, we warn Muslims against such programs and new polytheist calls that corrupt the faith and damage Muslims creeds.[6]

Komen Penulis

7 Chakra dalam tubuh manusia yang menjadi ritual amalan Hindu boleh dilihat di wikipedia. Ianya jelas menyerupai amalan khusus Hindu. Aura dan Chakra juga telah dilakukan di Negara seperti Amerika dan Eropah. Cuma bezanya masyarakat islam di Malaysia hanya memasukkan selawat, membaca bismillah dan pelbagai lagi bacaan supaya kelihatan menyerupai ajaran agama islam.

clip_image004

Illustration of a yogi showing the seven chakras, Kangra school. Late 18th century A.D.

Lihat link dibawah:

Hindu   - http://en.wikipedia.org/wiki/Chakra#The_Seven_basic_chakras%C2%A0

        -  http://www.geocities.com/Athens/Olympus/6581/quantumchakras.html

Melayu - http://auraseri.blogdrive.com

 

Jika kita lihat artikel diatas berkenaan “Kegunaan Aura Seri” ia menyatakan salah satunya ialah dapat mempercepatkan jodoh,pagar rumah dan lani-lain Perlu dijelaskan hal mendapat jodoh pada masa hadapan adalah termasuk satu perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia melainkan hanya Allah SWT sahaja. Itu merupakan satu peramalan yang dilarang dalam islam. Allah s.w.t berfirman:

"dan katakanlah hai Muhammad kepada umatmu, bahawia tiada siapa di langit mahupun di bumi yang mengetahui perkara Ghaib kecuali Allah" [An-Naml ayat 65]

Sama juga dengan kenyataan berkenaan “Apa itu Aura Seri? menyatakan bahawa:

Masyarakat Melayu mempercayai Mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.

Walaupun wujudnya kejadian saintifik tersebut tetapi sudah jelas bahawa rawatan mandi bunga itu berasal dari orang hindu yang mempercayai aliran tenaga yang boleh berpindah dari bunga serta warna bunga dan ajaran ini memang selari dengan aura dan chakra.Ini kerana semua perbuatan orang kafir pada dasarnya adalah kesesatan walaupun anda melihat perkara itu menakjubkan tetapi perbuatan orang kafir baik akidahnya,adat-istiadatnya, atau amalan khasnya adalah sesat. Firman Allah s.w.t:

“Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan”[Al Furqaan: 23]

Apa yang penulis ketahui sesetengah masyarakat melayu dahulu mempercayai untuk memajukan perniagaan, mengeratkan hubungan suami isteri, mempercepatkan jodoh, menghilangkan penyakit dan pelbagai lagi mereka akan berjumpa dengan bomoh dan bomoh atau pengunjung tersebut akan dibawakan bunga-bungaan dan asam limau untuk dijampi oleh bomoh tersebut. Maka ini tidak jauh bezanya dengan mandi aura seri yang juga dapat mempercepatkan jodoh, memajukan perniagaan, menghalau gangguan unsur-unsur asing dan pelbagai lagi yang lebih mirip konsepnya dengan bomoh tersebut.

Kepercayaan menggunakan Aura Seri itu lebih kurang hasil kepercayaan penganut Hinduisme yang mempercayai dengan mandi bunga dapat menghalau makluk halus,mempercayai bahawa bau yang harum dari bunga dapat mengusir pengaruh kejahatan dan menarik pengaruh kebaikan pada diri pelakunya dan pelbagai lagi kepercayaan yang mirip dengan mandi aura tersebut.

Mandi aura seri ini juga seolah-olah mandi untuk menolak malang atau bala sama juga dengan mandi bunga yang bezanya ianya dimodenkan dan kelihatan menakjubkan dengan pembuktian kajian-kajian saintifik.

Akhirnya, amalan Mandi Aura Seri ini diberikan solekan berupa bid‘ah agar ia dapat menampilkan wajah ‘Islam’. Mandi aura ini cuba dirasionalkan sebagai perbuatan yang ‘Islamik’ sebagaimana mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnah hari jumaat, mandi sunnah Hari Raya, dan mandi-mandi lain yang telah disyari’atkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ditambah pula dengan bacaan selawat yang tidak terdapat pada mana-mana mandi yang disunnah oleh Nabi SAW dengan disertai niat supaya dapat mangubah seseorang itu kepada beberapa kebaikan yang pasti memberikan keistimewaan yang ada pada khasiat aura seri tersebut.

Islam mengajar penganutnya bahawa tidak ada sial atau tuah pada masa-masa tertentu, serta tidak akan ada pula manfaat, mudarat dan karut-marut berkaitan dengan amalan tertentu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, yang maksudnya:

“Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam.”[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5278 (Kitab al-Tibb)]

Malah, kepercayaan dalam amalan Mandi Aura ini juga boleh merosakkan keimanan seseorang itu terhadap Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu wa Ta'ala [7] Lihat sajalah kepercayaan ini boleh wujud apabila berlaku musibah sahaja maka golongan mandi aura kemungkinan akan wujud kepercayaan bahawa apabila ditimpa penyakit atau masalah adalah disebabkan aura dan chakra mereka bukannya disebabkan dosa mereka yang pernah mereka lakukan. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri"[Asy Syuura:30]

Berkenaan dengan Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA. Jika kita lihat diweb tersebut [8]. Antara kursus yang ditawarkan:

  • Kursus Pernafasan Aura
  • Membangkitkan tenaga dalam @ Inner Power
  • Penggunaan Minda @ Mind Power
  • Perubatan Aura
  • REIKI
  • Color Healing
  • Kecemerlangan Minda
  • Pengembaraan dengan Minda @ Mind Journey

Apabila dikaitkan dengan aura, chakra mesti ada amalan rawatan Reiki yang terdapat didalam beberapa web aura. Apa itu Reiki? Lihat link tersebut:

Jika lihat sejarah REIKI ianya diasaskan oleh Dr. Mikao Usui.[9] dan Reiki dan Reiki Jin-Kei-Do lebih kurang sama [10]. Ianya ada berkaitan dengan aura,chakra dan tenaga dalaman.Semuanya serupa dengan konsep amalan perubatan aura di Malaysia. Dan untuk pengetahuan Reiki Jin-Kei-Do ini sudah diharamkan oleh Dr. Abdullah Al-Faqih [11]

Jikalau didalam agama Islam diajarkan bahawa kuasa penyembuhan adalah semata-mata milik Allah kini ajaran aura chakra kuasa minda mengajarkan ilmu yang bertentangan sama sekali iaitu tenaga, chakra, aura dan sebagainya mempunyai kuasa penyembuhan. Amalan ini atau manusia seperti dinyatakan dalam petikan berikut sudah naik tingkat menjadi Tuhan yang boleh menyembuh diri sendiri, orang lain atau melaui jarak jauh, Masya-Allah. Lihatlah: [12]

Setiap orang mempunyai kuasa untuk melakukan penyembuhan. Kuasa penyembuhan orang awam adalah kecil manakala kuasa pengamal penyembuhan professional adalah besar. Secara tidak langsung dan tidak sedar, kita selama ini telah pun menggunakan kuasa ini. Setelah kita jatuh atau cedera kita akan secara tidak sedar akan mengusap-usap tempat sakit dengan tangan. Walaupun tidak pulih sepenuhnya, sakit kita akan berkurangan. Seorang ibu akan mengusap-usap anaknya, apabila anaknya menangis atau sakit. Biasanya tangisan anaknya akan berkurangan.

Pakar-pakar penyembuhan dalam kaedah reiki, taici, qi qong dan penyembuhan prana mempercayai bahawa kita mampu menyalurkan tenaga penyembuhan dari diri kita atau alam semesta. Tenaga itu dikenali sebagai ki, chi, qi, prana, orgone, ruach, tenaga dalam, dan universal life force.

Anda juga mempunyai kebolehan ini dan kebolehan ini boleh di latih dan dipertingkatkan.

Anda akan di ajar penyembuhan:

  • Penyembuhan Diri Sendiri
  • Penyembuhan Orang Lain
  • Penyembuhan Jarak Jauh

Sila rujuk laman ini di http://duniadinar.tripod.com/promomindpower.htm

Untuk lebih terperinci tentang tenaga dalaman boleh lihat di web Anugerah Agung [13]. Ilmu tenaga dalam yang boleh menjadi seseorang itu menjadi kebal. Lihat kenyataan yang diberikan oleh seorang testimonial:

  • Dimandikan dengan minyak panas mendidih(minyak saya beli sendiri)
  • Dipukul dengan batang besi sampai bengkok.
  • Badan menjadi jambatan iaitu orang lain boleh berdiri di atas perut saya.
  • Test kebal iaitu dicucuk dengan jarum di lengan.
  • Mengeraskan telur menjadi seperti batu. Diuji seorang untuk memecahkannya.
  • Mengkebalkan mentol lampu yang mudah pecah,iaitu mentol tidak pecah walaupun jatuh di atas lantai simen.
  • Dibakar dengan api yang besar menyala pada lengan.
  • Jarum menembus kulit seperti dijahit.
  • Menidurkan orang(pukau)
  • Disiram dengan air panas mendidih.
  • Mengupas kelapa muda yang masih hijau dengan gigi.
  • Makan kaca dengan mudahnya. Telan lagi tu.
  • Tangan saya melekat seperti gam dan tidak dapat dicabut oleh sesiapa pun. Tanpa trick / penipuan kerana saya  hanya menggabungkan 2 tapak tangan,bukannya menggenggam erat jari-jemari.
  • Memecahkan bahagian bawah botol kaca.
  • Diuji elektrik pada tubuh badan.
  • Lidah dicap dengan besi panas membara.
  • Boleh memanggil masuk ilmu silat daripada orang dulu-dulu seperti Hang Tuah dsbnya.
  • Tulang rusuk ditumbuk dan dihentak dengan sekuat tenaga(tahan benturan dan pukulan)

Bukankah ini semua adalah amalan syirik walaupun kenyataan mereka bahawa mereka tidak menggunakan jin untuk melakukan perkara tersebut. Lihat sajalah semuanya tidak lari dengan konsep aura, chakra dan tenaga dalaman.

Berkenaan ilmu kebal boleh lihat jawapan yang diberikan oleh ustaz Ahmad Sarwat, Lc. :

Click link dibawah:

Lihat saja ketika kaum Hindu menyambut hari Thaipusam mereka juga boleh jadi kebal seperti mana yang dilakukan testimonial tersebut. Bagaimana mereka boleh kebal?Adakah menggunakan jin atau tenaga dalam?

Pergantungan kita sepatutnya kepada Allah s.w.t bukannya dengan tenaga dalam. Manusia akan lebih mudah Syirik apabila merasa dirinya telah mampu melakukan segala-galanya. Hal ini seperti yang ditegaskan Allah dalam firmanNya:

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas apabila menganggap dirinya telah mampu. [Al 'Alaq 6-7]

Seseorang manusia tidak dapat boleh mendatangkan manfaat dan menolak mudarat pada dirinya sendiri dan orang lain.Tetapi ilmu tenaga dalam ini kehebatannya kita mampu membawa pelbagai manfaat dan dapat menolak mudarat dengan hanya mempelajari ilmu tenaga dalaman malah dapat mengetahu perkara ghaib. Ini jelas bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al A'raaf: 188 yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman."

Untuk membuktikannuya lagi boleh lihat diweb Anugerah Agung dan anda boleh melihat beberapa lagi manfaat dengan mempelajari ilmu tersebut. Lihat Link di bawah:

Kelebihan ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung ini sebenarnya terlalu banyak, diantaranya ialah:[14]

  • Menundukkan hati/perasaan orang / rakan /  isteri / lawan bisnes / kekasih (lelaki / wanita) hingga menuruti kita.
  • Membuka sumbatan pintu kerezekian,melancarkan usaha & penagihan hutang.
  • Menyembuhkan penyakit: Lumpuh, hemiplegia (mati sebelah),Parkinson,Sroke, dan gangguan Jantung.
  • Keselamatan dari sengatan elektrik dan Sambaran petir, mampu memadamkan elektrik dan mematikan Mesin Kenderaan Bermotor.
  • Pukulan berbahaya (memengsankan / KO) dan mematikan dengan pukulan tangan kosong tanpa harus latihan berat dan bertahun-tahun,memengsankan dan melumpuhkan lawan,menjatuhkan.
  • Melihat tanpa mata zahir-Mampu melihat tembus tanpa batas, mengetahui sebelum terjadi.
  • Membaca fikiran orang lain- Bukan setakat membaca fikiran orang bahkan dapat mengirimkan fikiran kita kepada orang yang lain sehingga beribu-ribu kilometer jaraknya
  • Kebolehan membaca & memahami isyarat, petunjuk dan bahasa alam mengenai perkara baik atau bencana yang bakal menimpa ke atas diri, keluarga dan masyarakat.
  • Dan lain-lain

Ini tidak lain adalah syirik. Pengetahuan tentang ilmu ghaib tidak boleh diketahui oleh sesiapapun melainkan hanya Allah. Allah s.w.t hanya akan memberitahu perkara ghaib melainkan kepada Rasul yang terpilih bukannya kepada manusia biasa seperti kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermakud:

(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. [Al Jin 26-27]

Maka  untuk mengelakkan anda tidak terjerumus kekancah syirik sebaiknya ditinggalkan terus perubatan dan amalan tersebut. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang ramai. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari).

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

_______________________________________________________________

Rujukan:

  1. http://anugerahagung.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=97

23 comments:

..::بشرى::.. said...

kalau mandi bunga untuk kecantikkan kulit,supaya kulit jadi gebu dan makin licin tu lain halnya...tapi kalau dah sampai beriktikad boleh dapat jodoh dan lain2...nampak sangatlah cetek aqidah orang yang iktikad begitu...ana tertarik dengan penjelasan anta pasal nakrifat haqqul yakin..dasyat sungguh syiriknya

DIN said...

Benar pandangan saudara tu..Tapi lebih baik dilarang terus..

Dari dulu hingga kini mesti dikaitkan dengan bunga dengan pelbagai kepercayaan karut.

Bagi saya larangan ini dilihat menepati kaedah sad az-zariah yang dituntut oleh Islam.

Ini kerana sesetengah umat Islam masih belum memahami konsep tauhid yg sebenarnya..Lihat sajalah kepercayaan2 mereka tersebut..Mmg berbahaya..

Anonymous said...

Thanks ya akhie
Aku suka tulisan serta rumusan anta - Kena cari jalan mengetengahkannya untuk tatapan umum .. Para mufti dan penguasa agama banyak yang tidor dan jangan berharap kepada mereka ini lagi :

2syurga@blogspot.com

hairun said...

Salam. Saya baru je balik dari kursus dalaman untuk membina keyakinan diri. Antara modul yang diketengahkan tentang aura dan cakra ni. Diajar sikit macam mana nak bina itu ini macam info tuan tu. Hati dok takut syirik dan terasa macam yoga je tapi terus berzikir moga ALLAH pelihara iman dan terhindar daripada ilmu kesesatan. Maka pulang je terus cari lalu jumpalah blog u.Hai patutlah banyak orang cuba pertahan amalan yoga. Alhamdulillah rasa Allah selamatkan saya.

DIN said...

waalaikumsalam...

Alhamdulillah..kepada saudara Hairun, anda membuat keputusan yg tepat..Jika ada rakan2 yg pernah join baik dinasihatinya..Ini melibatkan soal akidah..

AminHayat Abd Rahim said...

Assalammualaikum;

Terima kasih di atas info yang anda berikan.

Saya amat tertarik dengan hasil penulisan anda. Insyallah saya akan membuat laporan khas berkenaan dengan perubatan aura, dari perspektif islam. Bagi saya, tidak semua rawatan alternatif bertentangan dengan akidah islam.

AMINHAYAT ABD RAHIM
BERITA TV9
aminhayat@tv9.com.my

DIN said...

waalaikumsalam...

Terima Kasih kepada saudara AminHayat Abd Rahim..

Sebelum saya post artikel ini saya sudah email kepada seorang ustaz tentang perubatan tersebut.Alhamdulillah ianya diluluskan..

Memang benar tidak semua perubatan alternatif bertentangan dengan akidah islam kerana asal dalam sesuatu perubatan itu adalah harus tetapi apabila melibatkan kepercayaan dan amalan yang ghaib atau bertentangan dengan islam maka islam melarang keras.

Dan terima kasih lagi kerana keperihatinan saudara dalam isu yang melibatkan akidah umat islam.Kami memang mengharapkan ada satu laporan khas menjelaskan perubatan aura tersebut dari sudut perspektif islam.

Untuk lebih info saya ada terjumpa satu blog yang menjelaskan hakikat sebenar tenaga dalam:

http://ruqyah-online.blogspot.com/

AminHayat Abd Rahim said...

Salam;

Saya telah menyediakan Laporan Khas : Rawatan Aura dari perspektif Islam seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Anda boleh menontonnya di Berita TV9 jam 8mlm ini (25/7/09) dan esok (26/7/09). ch119 astro.

Semoga dengan laporan berkenaan, memberi pengetahuan kepada anda dan masyarakat tentang rawatan yang menggunakan aura sebagai medium perubatan.

Terima Kasih

AminHayat Abd Rahim
aminhayat@tv9.com.my
www.youtube.com/aminhyatt

DIN said...

Berikut adalah jawapan dari seorang ustaz dalam web 'IslamGrid'( Kerjasama antara MAMPU dan JAKIM) tentang penyembuhan penyakit melalui peningkatan aura, chakra, dan tenaga dalaman.LIHAT SOALAN NO. 8


Jawapan
Waalaikumussalam Perubatan tradisional seperti ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu saudara perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang bentuk amalan /aktiviti yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cawangan Akidah ditalian 03-88864263

http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?cari=aura+seri

DIN said...

Assalammualaikum..

Terima kasih diatas laporan khas yg dibuat oleh saudara AminHayat Abd Rahim.Saya amat menghargai apa yg dilakukan oleh saudara utk kebaikan umat islam.

Saya sudah melihat rancangan tersebut dan pandangan yang dilontarkan oleh ustaz Fauzi.

Anas bin Malik pernah berkata bahawa setiap pendapat blh diterima dan ditolak melainkan Nabi Muhammad SAW.

Maka dari situ secara peribadinya saya tidak menafikan keistemewaan aura seri yg dapat mengembalikan wajah yg seri tetapi apabila kita mengatakan dapat mempercepatkan jodoh maka ia dilarang dalam islam.

cepat dan lambat mendapat jodoh adalah perkara ghaib yg hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Manusia hanya berikhtiar dan berdoa tetapi tidak dapat ketahui adakah cepat atau lambat mendapat jodoh kerana ia perkara ghaib.

Dan kebanyakan kenyataan2 ttg keistemewaan aura seri itulah yg selalu apa yg diperkatakan oleh mereka iaitu mempercepatkan jodoh, ada juga dapat menjadi pagar rumah dan pelbagai lagi kepercayaan yg dilarang dalam islam.

Utk lebih lanjut blh lihat artikel ustaz Hazman Hassan tentang mandi bunga.Ia ada membincangkan mengenai bacaan selawat yg dilakukan dalam amalan mandi bunga dll.

http://din86.blogspot.com/2009/04/mandi-bunga-suatu-analisis.html

MASTER KHALID said...

Jangan mudah membuat hukum syirik atau tidak sesuatu perkara. Kita tidak tahu tujuan dan niat seseorang. Aura adalah tenaga gelombang elektromagnet yang ada pada setiap benda hidup, reiki pula adalah tenaga alam semesta yang wujud disekeliling kita. Cuma tidak nampak dengan mata kerana jarak gelombangya tidak dapat dikesan seperti UV, IR, X ray, gelombang radio dan sebagainya. Tidak salah kita gunakan tenaga yang tidak nampak ini ( tenaga aura dan tenaga reiki ) untuk tujuan perawatan. Ilmu tenaga ini dinamakan Sains Bio energi / metafizik yang banyak menggunakan kuasa minda separa sedar. Ilmu aura dan reiki bukan ritual atau keagamaan, ianya dipelajari dan diamalkan oleh semua manusia sejak zaman dahulu hingga kini. Cuma jika kita orang Islam, maka kita mengamalkan secara Islam dan meyakini bahawa semua ilmu dan tenaga itu adalah dari Allah jua.
Harap jangan membuat hukum membuta tuli semata- mata hanya keegoan dan merasa diri terlalu pandai dalam hal agama. Semakin kita belajar sebenarnya semakin banyak ilmu Allah yang kita belum terokai.
Daripada Master Reiki Khalid Sabran

DIN said...

Terima kasih diatas respon tersebut..

1) Saya tidak ada niat untuk menganggu kerjaya anda tetapi anggapla sebagai nasihat sebagai saudara muslim. Sebelum saya send artikel ini diblog, saya sudah hantar emial kepada seorang ustaz untuk menyemak semula samada ia salah atau benar dan ternyata ustaz itu mengatakan memang amaln perubatan itu dilarang.Mka tiada kena mengena saya membuat hukum sendiri.

2) Sudah jelas dalam Al-Quran dan sunnah bahawa manusia tidak dapat mengetahui perkara ghaib malah tidak dapat juga mengelak kemudharatan pada dirinya sendiri seperti contoh diatas iaitu keselamatan dari sengatan elektrik dan Sambaran petir, mampu memadamkan elektrik dan mematikan Mesin Kenderaan Bermotor dll.

Allah berfirman

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman."]

Seorang sahabat, Muawiyah bin al-Hakam radhiallahu ‘anh pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah! Ada perkara yang kami lakukan zaman Jahiliyyah (seperti) mengunjungi orang yang mengetahui ilmu ghaib.” Rasulullah menjawab: Jangan mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” [ Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya-hadis no: 537-1 (kitab al-Salam,Bab larangan menilik nasib]

3) Anda katakan "Ilmu tenaga ini dinamakan Sains Bio energi / metafizik"

Saya bawakan pandangan seorang ulamak terkenal Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang merupakan Majlis Fatwa Eropah dan Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa
tentang ilmu metafizik.Beliau mengatakan untuk mengetahui bidang ini, satu-satunya sumber adalh WAHYU. Dalam lapangan ini akal hanya mampu membuat perkiraan.Kebanyakan falsafah metafizik ini selalu kacau bilau, tidak stabil, kerana memang dia tidak mahu tunduk kepada dasar-dasar berfikir yang diatur oleh akal fikiran manusia atau mengikuti logika biasa. Kerana itu, keputusan dari segalanya itu adalah menyerah dengan bulat-bulat terhadap apa yg dibawa oleh syari'. Akal hanya diberi kesempatan untuk menganalisis alam ini[ Dr yusuf Al-Qaradhawi "Perkara2 yg membatalkn Tauhid/ Mngurangkan Kesempurnaannya m/s 88]

4) Niat sahaja bukanlah suatu ketetapan dapat menghalalkan segala2nya.Niat betul tapi caranya salah maka salahlah juga.

5)Jika saya katakan Reiki dan Yoga dilarang adakah salah? sedangkan memang ada ulamak berpandangan sedemikian..Antaranya seperti fatwa tersebut:

http://din86.blogspot.com/2009/05/islamic-view-of-reiki-and-yoga.html

6)Adakah Master Khalid sudah merujuk dan bertanya mana2 pandangan ulamak tentang amalan perubatan ini? Kalau ada fatwa yamg muktabar yang membenarkannya maka anda anggap sajalah perkara ini KHILAF dikalangan ulamak.

7) Jika ternyata memang dilarang maka amat berbahaya bagi anda kerana anda telah mengakibatkan kerosakan pada umat islam yang sudah terlibat.Sesuatu perkara buruk dilakukan dan semakin ramai yang mengikutinya maka semakin banyaklah dosa2 yang anda perlu ditanggung.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Ertinya : “Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

DIN said...

Jangan cuba nak menghalalkan apa yg jelas diharamkan. Mmg perubatan itu asalnya harus tapi kepercayaan dan amalan itu yang bertentangan dgn islam yg blh menjadikannya syirik.

Kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi untuk mengetahui Ilmu metafizik ini, satu2nya sumber adalah wahyu. Dalam lapangan ini akal hanya mampu membuat perkiraan. Kebanyakan falsafah meteafizik ini selalu kacau bilau, tidak stabil kerana mmg dia tdak mahu tunduk kepada dasar2x berfikir yg diatur oleh akal fikiran manusia atau mengikuti logik biasa. Keraa itu keputusan dari segalanya adalah menyerah dgn bulat2x terhadap apa yg dibawa oleh syari'. [ qardhawi: bid'ah dan syirik m/s88]

Julima said...

Salam..sya baru shj fikir nak be;i perfume Auralife. ni pun sya jumpa secara tak sengaja bila meleyari internet mencari cara nak kurangkan stress, murung, dan lemah ingatan yg sya hadapi. Disini sya pastekan description of auralife perfume. Adakah hukum penggunaannyasama dgn Aura seri?
\lg satu, rasanya dulu sya pernah mbaca tentang bgn solat mlm juga boleh meningkatkan level aura kita..sila komen ya.tq.

Keistimewaan Minyak Wangi Auralife
http://auralife4u.com/index.php?auralife=products

Mempunyai pembuat minyak wangi sendiri (maker)
Mempunyai lebih dari 600 pilihan yang di inspirasi dari jenama terkenal dari seluruh dunia.
Bahan-bahan dan diformulasikan kebanyakan dari Perancis
Keharuman kekal di kulit setanding minyak wangi berjenama. Di baju (fabrik) pula boleh kekal selama beberapa hari.
Hanya menggunakan minyak wangi anda akan mendapat satu kaedah rawatan getaran tenaga aura yang di diformulasi, diadun , disuntik aura oleh master yang hebat.
Tiada alkohol dan mendapat kelulusan "Sure Halal" serta dipantau oleh Yayasan Dakwah Islam
Sesuai digunakan semasa solat.
Demonstrasi yang luar biasa untuk membuktikan kehebatan produk ini.
Membantu keintiman suami isteri, memberi keyakinan diri, membangkitkan seri wajah , merubah sikap panas baran memberi ketenangan zahir&batin. Mencerdaskan minda dan IQ serta memulihkan tenaga semulajadi.



Minyak Wangi Aura Untuk Lelaki


Melambangkan kehebatan lelaki
Membuka keinginan seks serta keintiman suami isteri (memberi ketenangan zahir batin)
Memberi keyakinan diri serta senang didampingi(megawal kemarahan serta menstabilkan hormon)
Membantu meningkatkan berkomunikasi berkesan
Membantu merubah sikapkeperibadian serta mengatasi (mencergaskan minda dan iq sertamengatasi)
Mengurangkan sikap panas baran dan tekanan perasaan
Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan minda (mudah mendapat idea serta pintar dan bijak)
Meningkatkan daya ingatan.
Memberi kesegaran akibat keletihan (menambahkan ketenangan serta merehatkan)
Memulihkan tenaga semulajadi (mengatasi tekanan perasaan)
Mendinding diri dari gangguan (makluk halus).



Minyak Wangi Aura Untuk Perempuan


Melambangkan kecantikan kewanitaan - menaikkan seri wajah
Membuka keinginan seks - menyerlahkan keanggunan dan keayuan
Membantu keintiman suami isteri - memberi ketenangan zahir batin
Memberi keyakinan diri serta senang didampingi Dan berkomunikasi - megawal kemarahan serta menstabilkan hormon.
Menghilangkan perasaan gugup,murung serta mudah terkejut - memulihkan tenaga semulajad,menceriakan hidup- kesan dari wajah yang berseri
Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan - mengatasi tekanan perasaan.
Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan - menambahkan ketenangan serta merehatkan fikiran
Memulihkan tenaga semulajadi - mendinding diri dari gangguan makluk halus.

Julima said...

Salam..sya baru shj fikir nak be;i perfume Auralife. ni pun sya jumpa secara tak sengaja bila melayari internet mencari cara nak kurangkan stress, murung, dan lemah ingatan yg sya hadapi. Adakah hukum penggunaannya sama dgn Aura seri?
lg satu, rasanya dulu sya pernah baca tentang bgn solat mlm juga boleh meningkatkan level aura kita..sila komen ya.tq.

Keistimewaan Minyak Wangi Auralife
blh masuk link ni:
http://auralife4u.com/index.php?auralife=products

DIN said...

Boleh sahaja menggunakan produk tersebut dengan syarat keistemewaan produk itu yangmelibatkan dalam perkara ghaib tidak boleh kita menyakini..

Guna sahaja sebagai wangian..Melainkan ada kajian sains membuktikan boleh wangian itu boleh sepertiMemberi kesegaran akibat keletihan dll tetapi bukan perkara ghaib seperti pendinding makhluk halus dan sebagainya.

nory izecson said...

Bagus!artikel yg sgguh bagus!sy juga berfikir spt saudar..sy sering terbaca testimonial drpd pihak2 yg mmpelajari ilmu2 sebegini antaranya:

1."Sejak sy bljr reiki,keuntung yg sy perolehi makin melimpah ruah...."

Persoalannya:adakah reiki yg bg kita rezeki??

2."Sejak sy belajar aura metafizik,sy sembuh sepenuhnya.terima kasih dr.JJ..."

Persoalannya:adakah aura metafizik yg menyembuhkn??bknnya Allah??

dan byk lagi.............

Artikel ini benar2 mnyedarkn ramai pihak bhw mrk telah terpesong tetapi syg sekali hanya sedikit yg mahu mnerima teguran..

serumpun zahir said...

ilmu reiki telah menyerang ahli keluarga saya,bermula dengan abang saya yang telah menghadiri kursus dan kini katanya telah mencapai taraf master.

saya sudah beberapa kali diajak untuk pergi mengikuti kursus tersebut tetapi saya menolak dengan pelbagai alasan tetapi yang pasti kos untuk mempelajari ilmu ini bagi saya sangat mahal.
Pada awalnya saya dapati abang saya menarik kami masuk dengan alasan untuk menjana pendapatan lebih. memandangkan saya hanya makan gaji tiap bulan ,rasanya alasan tersebut sesuai diguna pakai untuk mengelak mengikuti kursus.

Sekarang ini, ahli dalam kalangan keluarga saya yang mengikuti kursus ajaran ini telah bertambah dan kuat suara mereka.dari jauh saya hanya melihat gelagat mereka.Perbincangan banyak tertumpu kepada kuasa alam.kuasa dalaman dan aura seseorang.Pada suatu hari, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku kepada saya.Apabila abang saya ini telah menunujukkan seutas rantai kristal kepada kami lalu dia berkata sesiapa yang berhajat akan sesuatu boleh bertanya kepada rantai loket kristal itu, seandainya ada tindak balas dari rantai loket kristal itu, bolehlah diteruskan hajat kita. Kalau tidak lupakan sahaja untuk mengusahakan hajat kita. saya hanya mampu menggelengkan kepala dari jauh akan situasi tersebut tidak mampu berkata apa-apa kerana bilangan mereka dalam ahli keluarga sudah begitu ramai.
Dan lebih menyedihkan saya lagi ,mereka semua membawa batu kristal ke mana sahaja mereka pergi dan batu ini tidak boleh disentuh oleh orang lain kecuali tuan punya batu tersebut.

Kesimpulan.
Mungkin ajaran ini tidak syirik tetapi pengamalnya kini telah berkelakuan syirik.memang berat tuduhan saya ini. ini berdasarkan apa yang saya lihat iaitu bertanyakan loket kristal tentang hajat kita di masa hadapan. Kedua, mengapa harus membawa batu kristal ke mana sahaja kita pergi dan batu tersebut tidak boleh disentuh langsung oleh orang lain. kalau disentuh ........????????

Walau bagaimana pun saya masih memantau keaktifan mereka untuk melihat sejauh mana mereka akan pergi.
namun dari suara-suara yang saya dengar sendiri. "Sejak kita masuk kursus ni makin murah rezeki kita."

Moga Tuhan memberikan hidayah kepada ahli keluarga saya supaya sempat kembali ke pangkal jalan.

tetapi seandainya ,saya pula di pihak yang salah kerana menjatuhkan pertuduhan kepada mereka, moga ALLAH ampunkan dosa saya.

Amin. sekadar perkongsian bersama.

khattatah said...

anda kata???
Boleh sahaja menggunakan produk tersebut dengan syarat keistemewaan produk itu yangmelibatkan dalam perkara ghaib tidak boleh kita menyakini..

Guna sahaja sebagai wangian..Melainkan ada kajian sains membuktikan boleh wangian itu boleh sepertiMemberi kesegaran akibat keletihan dll tetapi bukan perkara ghaib seperti pendinding makhluk halus dan sebagainya.

October 25, 2010 1:07 AM

bagi saya..
saya pernah pakai auraseri satu ketika dulu..tapi saya hanya menganggap aura seri tu hanya untuk wangian sahaja.saya tak pernah guna auraseri untuk tujuan lain.lebih kepada lapang minda dan senang nak fokus dalam kelas.alhamdulillah, saya tade lah sampai nak kata auraseri tu penyembuh segalanya..dan satu lagi saya tade rasa yang pelik pada auraseri..lepa habis tu.saya tak pakai dah
sehinggalah baru2 ini, saya diberi oleh seorang makcik , AURA LIFE PERFUMES..makcik tu wat demo pulak kat saya, menggunakan tasbih,bila letak kat atas wangian tuh,baca bismillah dan selawat 3x,terus tasbih tu berpusing,ada yang pusing laju ada yang tak pusing langsung..ada yang slow je,saya pun aneh je tgk..saya kata "wah ,takkan sehebat ini?" lama2 saya cuba sendiri..saya tak puas hati,dalam minda saya,tertanya2. satu hari saya test, saya letak tasbih ,dan gantungkan atas minyak tu,memg dia berpusing...saya tak mahu percaya benda tuh,memg bahaya,boleh pesong akidah..saya cuba cara lain pulak.saya uji,ambil 2 cawan air,satu air yang tak disebut nama Allah dan satu lagi disebut dalam airnya..saya letakkan tasbih,tapi kena cakap hajat pulak ,seperti yang dbagitahu oleh makcik tu .."jika air ini ada aura,pusingkan mengikut arah lawan jam" memg pusing lah,air yang tak disebut nama Allah tu tak berpusing,..eh...saya pelik..apekebendanya semua ni???saya dah rasa lain..saya uji lagi,kali ni tanpa minyak auralife.saya buat airsendiri yng dibaca doa2..memg jadi.pelik..darimana pulak saya dapat ilmu tuh??saya dah tak sedap hati.hish...macam ada unsur jin je(kata saya je,bukan menuduh sesape) lantas saya pun buat sembahyang hajat,taubat dan istikharah,..lebih kurg doa saya,jika perkara yang datang kepada saya ini,menyesatkan,berikanlah aku petunjuk...blah..blah..blah..tak lama dari tu saya seolah2 mendapat Petunjuk,dimana hati saya seakan tidak tenang dan tidak senang dengan perkara itu..maka saya tidak memakai auralife lagi.menakutkan,im not confident..entah ape2 yang sebenarnya saa tak tahu...

tapi saya rasa , aura life lai menakutkan saya!!!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum wrbt.

Saya merasa terpanggil untuk berada diblog ini dan memberi sedikit perkongsian berkenaan Reiki ini. Coretan saya hanyalah sebuah perkongsian pengalaman saya yang lampau berkenaan dengan Reiki ini.Panjang untuk saya bicarakan, namun saya ringkaskan. sebelum ini saya pernah belajar Reiki thp 1. Semasa 1st lesson, saya diajar dengan simbol power @ Chu kurei kalau tak silap saya. Untuk minum atau berbuat apa sahaja kita hendaklah menggunakan simbol ini. Ini sangatlah bertentangan dengan apa yang saya belajar dalam islam. Contohnya utk minum tadi kita hendaklah membaca Asma Allah.

Pelajaran Reiki saya lantas tamatkan kerana bertentangan dengan akidah. Namun untuk memastikan bahwa Arwah isteri saya (meninggal akibat breast cancer)terawat secara alternatif maka saya usahakan juga untuk mencari rawatan alternatif yang lain.Tetapi Ajalnya sudah sampai maka saya hanya Redho kerana kita pun pasti akan dijemputnya juga.

Saya pun belajar pula dengan seorang teman yang sama2 pelajar Reiki yang mengatakan bahwa beliau boleh mengajarkan kaedah islam. Kemudian saya belajar dengannya ilmu tenaga dalam dan apabila sampai di level yang ke 3, saya telah jatuh sakit dan terlantar di hospital selama sebulan.

Setelah sihat dan dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah itu maha Mendengar maka saya menadah tangan berdoa kehadrat Allah semoga menunjukkan saya jalan yang lurus iaitu jalan yang dia Redhoi.

Keesokan harinya maka datang lah seorang pak cik yang bertanya kepada saya apakah yang saya masih belum pahami. Allahuakbar dalam hati saya penuh dengan kehairanan dan terkejut kerana baru semalam berbicara dengan Allah(Dengan Konsep Ihsan), masakan hari ini didatangkan seseorang untuk mengajari ilmu yang hendak saya pelajari.

Namun, saya menceritakan apa yang berlaku kpd pak cik dan cerita saya dipahami lantas pak cik membuka bicara sehinggalah beberapa tahun dan Alhamdulillah saya benar2 faham apa yang dipelajari terutamanya Ilmu Tauhid. Awallauddeen Makrifatullah. Kita mengenal akan Allah dengan izin Allah itu sendiri. Laa Haw la wala Kuwwata Illa billa hil aliyyil azimm.

Untuk apa praktis pun, maka nasihat saya adalah fahami dulu tenaga apa yang kita guna itu adakah kita meyerapkan tenaga yang menumpang di dalam tubuh bayang-bayang atau adakah tenaga yang bersumberkan Dari Zat Tuhan Yang Tiada Terbatas Yang Bersifat Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani.

Sekiranya anda merasa sakit selama praktisi Reiki dsb, maka itulah salah satu tanda bahawa anda menyerap atau mendayagunakan tenaga yang menumpang di dalam tubuh bayang-bayang yang ada batasannya.

Kuasa tuhan tiada terbatas, tetapi tenaga makhluk ada batasnya.


Allahualam Bissawab.

mohd said...

Assalamualaikum wrbt.

Saya merasa terpanggil untuk berada diblog ini dan memberi sedikit perkongsian berkenaan Reiki ini. Coretan saya hanyalah sebuah perkongsian pengalaman saya yang lampau berkenaan dengan Reiki ini.Panjang untuk saya bicarakan, namun saya ringkaskan. sebelum ini saya pernah belajar Reiki thp 1. Semasa 1st lesson, saya diajar dengan simbol power @ Chu kurei kalau tak silap saya. Untuk minum atau berbuat apa sahaja kita hendaklah menggunakan simbol ini. Ini sangatlah bertentangan dengan apa yang saya belajar dalam islam. Contohnya utk minum tadi kita hendaklah membaca Asma Allah.

Pelajaran Reiki saya lantas tamatkan kerana bertentangan dengan akidah. Namun untuk memastikan bahwa Arwah isteri saya (meninggal akibat breast cancer)terawat secara alternatif maka saya usahakan juga untuk mencari rawatan alternatif yang lain.Tetapi Ajalnya sudah sampai maka saya hanya Redho kerana kita pun pasti akan dijemputnya juga.

Saya pun belajar pula dengan seorang teman yang sama2 pelajar Reiki yang mengatakan bahwa beliau boleh mengajarkan kaedah islam. Kemudian saya belajar dengannya ilmu tenaga dalam dan apabila sampai di level yang ke 3, saya telah jatuh sakit dan terlantar di hospital selama sebulan.

Setelah sihat dan dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah itu maha Mendengar maka saya menadah tangan berdoa kehadrat Allah semoga menunjukkan saya jalan yang lurus iaitu jalan yang dia Redhoi.

Keesokan harinya maka datang lah seorang pak cik yang bertanya kepada saya apakah yang saya masih belum pahami. Allahuakbar dalam hati saya penuh dengan kehairanan dan terkejut kerana baru semalam berbicara dengan Allah(Dengan Konsep Ihsan), masakan hari ini didatangkan seseorang untuk mengajari ilmu yang hendak saya pelajari.

Namun, saya menceritakan apa yang berlaku kpd pak cik dan cerita saya dipahami lantas pak cik membuka bicara sehinggalah beberapa tahun dan Alhamdulillah saya benar2 faham apa yang dipelajari terutamanya Ilmu Tauhid. Awallauddeen Makrifatullah. Kita mengenal akan Allah dengan izin Allah itu sendiri. Laa Haw la wala Kuwwata Illa billa hil aliyyil azimm.

Untuk praktisi apa pun, maka nasihat saya adalah fahami dulu tenaga apa yang kita guna itu adakah kita meyerapkan tenaga yang menumpang di dalam tubuh bayang-bayang atau adakah tenaga yang bersumberkan Dari Zat Tuhan Yang Tiada Terbatas Yang Bersifat Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani.

Sekiranya anda merasa sakit selama praktisi Reiki dsb, maka itulah salah satu tanda bahawa anda menyerap atau mendayagunakan tenaga yang menumpang di dalam tubuh bayang-bayang yang ada batasannya.

Allahualam Bissawab.

azlina_ina said...

Assalamualaikum.. Tuan.

Tahun 2013 saya pernah membeli produk2 aura seri.Berbotol juga..

Soalan saya: Betul ke syirik memakainya?

Sepanjang saya menggunakan aura seri,golongan lelaki memandang saya x jemu.Sehinggakan jadi takut dibuatnya.Niat sy hanya ingin memaniskan muka sahaja,tiada niat lain..saya bisnes.

azlina_ina said...

Assalamualaikum.. Tuan.

Tahun 2013 saya pernah membeli produk2 aura seri.Berbotol juga..

Soalan saya: Betul ke syirik memakainya?

Sepanjang saya menggunakan aura seri,golongan lelaki memandang saya x jemu.Sehinggakan jadi takut dibuatnya.Niat sy hanya ingin memaniskan muka sahaja,tiada niat lain..saya bisnes.