Monday, June 22, 2009

Belum Masanya Membentuk Kerajaan Perpaduan

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Penulisan ini hanya pandangan peribadi penulis. Sesiapa yang tidak setuju terpulang tetapi yang setuju maka perlulah memperbaiki semula sikap-sikap kita sesama muslim kearah perpaduan rakyat. Maka tidak perlu melabelkan parti tersebut sebagai jijik,kotor, syaitan atau sikap yang tidak membawa kepada umat dan pemerintah pada yang makruf. Isu kerajaan perpaduan semakin hangat dibincangkan. Saya sendiri tidak pasti maksud sebenar Kerajaan Perpaduan atau Unity Government. Tapi yang pasti ia membawa kepada politik perdamaian.Bagi saya cadangan apa sahaja untuk mencari dan mencapai kemaslahatan umat dan membawa pendamaian sesama muslim maka saya sokong. Tetapi apakah bukti bagi UMNO untuk tidak mengkhianati PAS lagi?Adakah krisis perak dan ISA yang melahirkan kemarahan rakyat terhadap UMNO merupakan satu bukti mereka ingin berdamai?

hadi-dan-najib

Sebagai contohnya seseorang yang merampas hak milik orang lain kemudian mengharapkan perdamaian kepada pemiliknya tersebut dengan memberikan sebahagian rampasan tersebut kepada pemiliknya sebagai bukti perdamaian. Padahal sebahagian hak yang diberikan tersebut adalah hak pemilik tersebut. Apakah perampas yang terus mempertahankan rampasannya seperti itu boleh dianggap menginginkan perdamaian? Maka dari permasalahan tersebut jelas apabila seseorang yang merampas hak milik orang lain, tidak boleh dianggap bahawa ia menginginkan perdamaian sehingga ia mengembalikan hak tersebut kepada pemiliknya.

Bagi saya cadangan membentuk kerajaan perpaduan tidaklah saya sokong sepenuhnya dan tidaklah terus menolak. Apa saja yang membawa kepada kebaikan perlulah disokong tetapi perlulah dilihat pada realiti atau waqi’ politik sekarang.

Memang tidak dinafikan islam menyuruh melakukan perdamaian sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Juga sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Memang penetapan hukum syar’i dan pengambilan dalil tersebut adalah benar akan tetapi perlu dilihat juga penerapan hukum tersebut pada realitinya . Ini kerana tidak semua perdamaian membawa kebaikan sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud:

Perdamaian antara kaum muslimin adalah diperbolehkan kecuali perdamaian yang mengharamkan sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang haram…” (HR. Ahlu Sunan kecuali An Nasa’i, disahihkan oleh Al Albani dalam Shahihul Jami’ 3862)

Adakah setelah mewujudkan kerajaan perpaduan sikap rakyat terhadap sesama muslim dan juga pemerintah akan menghilangkan sikap kebencian, perbalahan, buruk sangka, fitnah-memfitnah dan pelbagai lagi yang telah lama menimbulkan kemarahan rakyat dan perbalahan antara parti-parti tersebut? Jika PAS mewujudkan kerajaan perpaduan maka pelbagai kemungkinan dan kebimbangan yang akan menyelubungi fikiran mereka. Kemungkinan sukar untuk menegakkan islam, ditakuti sejarah-sejarah hitam bersama UMNO akan berulang kembali, atau kemungkinan cadangan-cadangan mereka tidak akan diterima sama sekali walaupun jelas ia untuk kemaslahatan umat dan pelbagai lagi persoalan yang masih ditahap yang samar untuk dijawab melainkan mereka diberi beberapa kerusi yang penting. Maka perlu dilihat dari timbangan manfaat dan mudaratnya. Jika membentuk kerajaan perpaduan tetapi sukar untuk melaksanakan islam maka ia tidak perlu.

Maka mengapa kita tidak mewujudkan sahaja sikap perpaduan rakyat terhadap pemerintah dan sesama muslim seperti mana yang digariskan dalam al-Quran dan sunnah Rasul-Nya atau mewujudkan Ishlah yang paling agung dengan menyatukan manusia di atas kalimat tauhid dan mengajak umat Islam dari parti manapun untuk tunduk kepada Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan melepaskan diri dari berbagai tradisi dan keyakinan bid’ah yang menodai kesucian syari’at Islam. Apabila sikap buruk terhadap sesama muslim dapat dihakis maka itu juga satu perpaduan rakyat. Rakyat seharusnya bersikap dengan rasional dan bijak terhadap sesuatu perkara. Janganlah disebabkan kebencian kita terhadap parti tertentu mewujudkan suatu perpecahan dan perbalahan yang tidak berkesudahan. Hilangkan sikap mencerca, memaki anda itu kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan melainkan keburukan. Perkara-perkara yang boleh mewujudkan suatu kemungkaran terhadap pemerintah perlu dihentikan segera. . Ibn al-Jauzi r.h berkata:

“Tujuan amar makruf nahi mungkar ialah menghapuskan mungkar. Menggunakan perkataan yang keras akan menyebabkab pemerintah bertindak balas dengan melakukan perbuatan mungkar. Ini lebih mungkar daripada kemungkaran yang hendak dihapuskan.” [Ibn Muflih, al-Adab al-Syar’iyyah jil:1,m/s:197 dinukilkan oleh Dr Asri Zainul Abidin “Membela Islam Tanggungjawab & Dispilin].

Bagi saya perpaduan rakyat lebih diutamakan dari kerajaan perpaduan. Ia seperti juga dalam konsep jual beli. Sebagai contohnya kita mempunyai rakan yang suka menipu apabila berurusan berjual beli dengannya. Tetapi kita sebagai kawan yang sudah tahu sikapnya tidak perlulah berurusan dengannya dalam sesuatu jual beli tetapi bukan menunjukkan dia itu musuh kita. Sebagimana dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu.”[ An Nisaa' :29].

Maka dilarang kita berjual beli dengannya melainkan tiada lagi unsur penindasan dan redha kedua belah pihak. Begitu juga dalam kerajaan perpaduan jika parti tersebut masih tidak membuktikan kesungguhan mereka untuk berdamai dan masih melakukan penindasan maka bagi saya tidak perlu mewujudkan kerajaan perpaduan tetapi sikap rakyat terhadap pemerintah dan sesama muslim itu perlu diwujudkan. Tidak kita lihatkah bagaimana parti PAS, PKR dan DAP dapat bekerjasama walaupun amat banyak berlainan ideologi dan perjuangannya? Ini kerana sikap diantara mereka yang tidak menuding jari, memfitnah itulah yang menyatukan mereka walaupun ideologi dan perjuangan mereka berbeza.

Sesuatu perpecahan itu berlaku apabila sikap kita yang suka fitnah-memfitnah, berburuk sangka dan mempercayai gosip dusta itulah yang membawa kepada keburukan sebagaimana Firman Allah s.w.t:

Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku,supaya mereka berkata dengan kata-kata yang baik; Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. [ al-Isra’ : 53]

Maka belum tiba masanya membentuk kerajaan perpaduan melainkan dibuktikan secara jelas perdamaian tersebut. Ia juga boleh diibaratkan seperti pelaksanaan dalam hukum hudud kerana penolakan dalam pelaksanaan hukum hudud dibolehkan apabila berlakunya syubhat seperti mana tindakan umar ra. tidak memotong tangan pencuri kerana berlakunya musim kebuluran. Apabila sudah hilangnya punca kepada pelaksanaan hukum hudud maka secara tidak langsung pelaksanaannya dikembalikan. Begitu juga dengan kerajaan perpaduan apabila pelaksaaan kearah itu masih ditahap syubhat maka ia tidak perlu dilaksanakan melainkan dihilangkan punca kepada pelaksaaan tersebut iaitu dibuktikan dengan jelas bahawa parti tersebut memang bersedia untuk mewujudkan perdamaian itu.

Wallahua'lam

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Thursday, June 18, 2009

Saya tidak Menyukai ESQ 165

Oleh: Ustaz Emran Ahmad

Bismillahirahmanirahim, pada kali ini biarlah pandangan seorang ustaz berbicara tentang ESQ sebuah training dan modul yang dinamakan The ESQ 165 Way.

Sebelum apa-apa yang buruk hendak diperkatakan tentang peribadi saya, biarlah saya menjelaskan bahawa apa yang termuat di dalam blog ini ialah pendapat peribadi saya.

Saya juga menyeru kepada mana-mana pihak yang tidak pernah mendalami manhaj salafus soleh, tidak pernah memahami kitab dan sunnah rasul melalui tafsiran salaf agar tidak perlu membuang masa membaca tulisan saya kerana tuan-tuan tidak akan memahami pun mengapa saya mengatakan saya tidak menyukai ESQ.

Saudara dan saudari pembaca,

Saya telah menghadiri kursus ESQ Basic Training di bawah modul Eksekutif angkatan ke – 33 di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC- Kuala Lumpur pada 15- 17 Mei 2009 baru-baru ini.
Pakar modul yang mengajarkan kami tentang ESQ WAY 165 ketika itu ialah Pak Legisan Sugimin.

Secara umumnya saya berpendapat bahawa Training ESQ 165 yang telah dilalui oleh saya sewaktu itu bertentangan dengan Islam menurut kefahaman manhaj salafus soleh yang dipegang oleh saya.

Sabda rasulullah : "Barang siapa mengada-adakan satu perkara (dalam agama) yang sebelumnya belum pernah ada, maka ianya tertolak ". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Saya berpendapat bahawa apa yang diajarkan oleh pihak ESQ Leadership Training mungkin benar dan tiada salahnya menurut kefahaman ilmu kalam dan pemikiran asya’irah yang pastinya akan menyetujui program ini. Golongan ilmu kalam sangat terkenal suka mengaitkan apa sahaja yang terlintas oleh akal dengan tuhan dan agama.

Selain itu, golongan sufi dan ahli tasauf juga tidak terkecuali daripada menjadi peminat setia kepada ajaran ESQ 165.

Saudara dan saudari pembaca,

Sepanjang perjalanan program selama 3 hari itu saya kerap kali terpaksa keluar daripada dewan PWTC disebabkan oleh kerana tidak bersetuju dengan program yang berlangsung, kerana sejuk dan asyik mahu ke tandas atau kerana sakit kepala akibat mata berpinar dengan lampu yang ditutup oleh pihak ESQ.

Pada asalnya saya berkeras tidak mahu pergi ke program ini namun terbaca komen Ustaz Zaharuddin di laman webnya telah melembutkan hati saya lalu menyebabkan saya menjejakkan kaki juga ke program ini.

Alhamdulillah, saya tertarik dan kagum dengan kepetahan dan kebijaksanaan orang-orang Indonesia di dalam kepandaian mereka menggunakan segala peluang dan kebolehan mereka ketika melakukan sesuatu.

Apapun ini bukanlah kali pertama saya melihat lelaki Indonesia pintar seperti Pak Ary Ginanjar atau Pak Legisan Sugimin kerana sejak di tanah arab lagi saya kerap berjumpa dengan pelajar-pelajar pintar Indonesia yang tak pernah jemu membuatkan saya kagum kepada mereka.

Walaubagaimanapun,Setelah program berlangsung saya mula perlahan-lahan berfikir, agaknya Ustaz Zaharuddin tersilap ?

Biarlah saya ceritakan apa yang saya tidak suka tentang ESQ 165 ini.

Pertama : Ajaran ESQ pada pendapat peribadi saya lebih menyerupai Kultus Gaya Baru

Melihat di skrin besar gambar Dr Ary Ginanjar Agustian sejak daripada mula sehingga akhir dan gaya para pelatih serta cara pembawaan ESQ Modul 165 telah menyedarkan saya akan hal ini.

Untuk apa disebut-sebut Dr Ary Ginanjar sebagai penemu dan pencipta modul ESQ 165 ? Sedang jika benar 1 itu merujuk kepada “Satu hati dan Ihsan” , 6 itu merujuk kepada “enam rukun Iman” dan 5 itu pula merujuk kepada “lima rukun Islam” ?

Bukankah ianya sudah ada di dalam Al-quran dan As-Sunnah ? bukankah ianya sudah pun puas di syarah dan jenuh sudah ditekuni oleh para salaf dan tiada yang tinggal daripada agama ini segala kebaikkannya melainkan yang sudah diterangkan kepada kita ?

  1. Rukun Iman, Islam dan ehsan bukankah sudah dijelaskan oleh Nabi Muhammad jadi kenapa Pak Ary ialah penciptanya jika ESQ 165 itu ialah hal yang disebutkan tadi ?
  2. Apakah syarahan baru atau ulasan baru terhadap Islam, Iman dan Ehsan itu ? Apakah wujud penambahan oleh Pak Ary ? jika tidak kenapa mesti dia diangkat-angkat sebagai seorang tokoh yang memperkenalkan modul ini ? Jika dia tidak membuat penambahan apa-apa kenapa kecoh ?
  3. Bukankah kita membayar beliau kerana dia ibarat guru yang datang mengajar ? Pandai menghiburkan dan mempersembahkan ilmu dalam bentuk yang menarik ? Ya, dalam bentuk yang menarik dan mempesona. Dalam erti kata lain beliau hanyalah orang yang pandai mempromosikan dirinya, syarikat trainingnya dan pandai "memarketkan" (memasarkan) perkhidmatan beliau dengan cara-cara yang menarik. Justeru tiada apa-apa pun yang "hebatnya" tentang training ESQ ini bukan kecuali promosinya sahaja ?
  4. Oh ada yang mengatakan ianya hebat sebab kesannya, lantas kita perlu lihat bahawa bukankah dakwah Al-Arqam juga berjaya memberi kesan dan menarik ramai orang ? Bukankah dakwah dan seruan tabligh juga berjaya menginsafkan ramai penagih dadah ? Bukankah ajaran ayah Pin dan tariqat-tariqat kesufian juga berjaya menarik pengikut yang terdiri daripada ramai tokoh ? Apa bezanya daripada ajaran ESQ ?
  5. Pada saya semuanya kembali kepada sebab "Marketing" dan kemahiran Pak Ary dan rakan-rakannya di dalam memasarkan kursus mereka dengan cemerlang dan tidak lebih dari itu kerana bagi saya modulnya adalah biasa sahaja cuma cara mereka mengendalikannya dengan baik yang menyebabkan ianya berhasil lumayan.

Bahkan pada slide dan video kebenaran Al-quran (yang disebut mukjizat ilmu) kebenaran Al-Quran daripada bukti sainstifik itu sebenarnya bukanlah kajian Pak Ary tetapi sudah dibuat oleh ramai orang seperti Harun Yahya dan ramai lagi pakar-pakar kajian sains Islam.

Tiada apa yang baru yang saya temui daripada ESQ 165 selain gayanya yang mantap dan persembahan yang dibantu dengan peralatan canggih dan pekerja serta perancangan yang rapi dan teliti.

Apapun saya yakin orang-orang Melaysia yang terdiri daripada kelas professional seperti “orang-orang daripada gerakan dan badan NGO Islam seperti JIM, ABIM dan seumpamanya pasti berbondong-bondong memasuki latihan ESQ ini dan bertempik bersorak menyatakan kesukaan mereka.

Mereka ini mahu dilihat beragama, mahu merasa dirinya beragama dan mahu “dianggap beragama” tanpa mahu pula bersusah payah, tanpa mahu pula berkorban derita dan menjalani jerit payah.

Golongan ini akan suka ke program Pak Ary ini, mendapat sentuhan zikir dan fikir, melihat kebesaran tuhan dan menangis beramai-ramai di dalam sesi muhasabah dan berkongsi cerita duka insan lain lalu keluar daripada dewan dengan rasa puas, rasa beragama, rasa lega dan rasa kepuasan dan keindahan bahawa dirinya beragama, punyai kesedaran bahawa hidupnya sekarang sudah untuk tuhan.

Mereka lupa ibadah untuk tuhan itu perlu didasari oleh sunnah, dilaksanakan dengan kaedah tetapi para pejuang ESQ, ibadah itu cukup dengan suara hati dan niat yang suci..itu pendapat mereka.

Gaya ini mirip keletah Tok Guru Tariqat yang mendakwa menemu zikir-zikir khusus dan rahsia ilahi melalui tafakurnya, pengalaman hidupnya, pertapaannya lalu tampil mengajarkan orang cara-cara kreatif beribadah atau cara-cara merasai “kewujudan tuhan” melalui penghayatan kepada jalan-jalan rekaan diri beliau.

Saya tidak hairan Pak Ary punya ESQ ini dipersetujui oleh JAKIM dan Pihak Jabatan agama atau Mufti memandangkan ramai sahaja para agamawan dan mufti tanah melayu ini yang termasuk penyokong kepada faham Sufism.

Kenapa saya katakan ESQ tidak disukai oleh saya :

  • Wujud gaya zikir beramai-ramai di dalam gelap dengan diketuai oleh seorang tukang suara.
  • Berusaha membuatkan para hadirin menangis dengan cara yang tidak berlandaskan ajaran salaf dengan mengadakan cerita-cerita tentang manusia-manusia yang susah, bernasib malang dan menimbulkan perasaan sedih dengan mengingatkan peserta tentang ibubapa dan lain-lain. Pada saya latihan kerohanian seperti ini tidak pernah dibuat oleh nabi sebaliknya ianya dilakukan oleh para ahli sufi dan tariqat yang “bersuluk” di dalam kubur, bilik gelap dan sebagainya.
  • Membawa kefahaman tentang “Suara hati” yang kononnya didasari oleh asmaul husna tetapi hakikatnya suara hati yang ditampilkan lebih mirip kepada ajaran sufi yang di dasari kepada ilmu ladunni dan ungkapan seperti hakikat dan makrifat yang membawa maksud manusia boleh mendapat dan mengenali tuhan melalui suara hati dan pemerhatian.
  • Tafsiran Asmaul Husna yang menyimpang dan salah, bukan sekali tetapi banyak kali dan trainer telah membuat kesalahan fatal dengan mengaitkan asmaul husna dengan suara hati. Kaedah apa yang digunakan ? guna akal ? ini soal aqidah tetapi sambil lewa hal itu dilakukan tanpa risau.
  • Nama-nama Allah di kaitkan dengan perkara yang tidak masuk akal misalnya mengatakan bendera Malaysia , iaitu Jalur gemilang ialah berasal daripada suara hati dan asmaul husna. Pada saya ini gila kerana bendera Malaysia itu dibuat dengan kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 dan tiada kena mengena dengan nama Allah jauh sekali mengatakan ianya bendera Allah dengan menafsirkan makna jalurnya kepada asmaul husna.
  • Saya melihat kepada sijil yang diterima oleh saya, ternyata masih banyak baki training yang dikendalikan oleh mereka yang perlu saya lalui sehingga dapat mencapai ESQ Star Leader. Saya tersenyum kerana gaya Pak Ary menguruskan ESQ persis sebuah kumpulan Kultus yang membawa satu faham baru di dalam menuju Allah. Kecerdikannya jelas apabila setiap peserta yang selesai kursus akan digelar “Alumni” dan punyai majlis forum atau koperasi tersendiri. Bukan sekadar itu, melalui program ESQ, dengan pengaruh yang ada beliau telah berjaya merekrut ramai sukarelawan dan pembantu setia yang sanggup menyumbang kepada dakwah ESQ.
  • Tafsiran Al-quran dan as-sunnah yang tidak menurut pedoman ulama salaf
    Ada beberapa hal yang saya kurang sudi bincangkan secara jelas di sini mengapa ESQ tidak disukai oleh saya tetapi biarlah saya simpan sahaja sebaliknya lebih baiklah anda menghukum sendiri setelah menghadirinya.

Sekiranya anda telah hadir dan tidak merasakan apa-apa kesalahan di dalamnya, maka bagi saya tiada guna pun saya menerangkan akan salah dan silap ESQ ini kerana sejak mula ianya tidak pernah bermanfaat kepada anda disebabkan anda tidak akan memahami pun penerangan saya.

Kalau setelah menghadirinya maka anda terasa sesuatu yang tidak kena dan tidak suka maka insyaAllah anda akan memahami sendiri apa yang saya telah maksudkan di sini.
Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

 

Sumber:  Pandangan Seorang Ustaz

Wednesday, June 10, 2009

Pemerintah Kawan atau Lawan?

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Apabila rakyat menganggap pemimpin pemerintahan sebagai lawan atau musuhnya maka akan lahirnya sikap ketidakpuashatian terhadap pemerintah walaupun adakalanya perkara yang benar dilakukan oleh pemerintah maka ia akan dianggap salah oleh pihak lawannya. Apa yang dipandang oleh mereka hanyalah pada sudut keburukan sahaja walaupun mereka sendiri tidak sedari betapa banyak keburukan yang mereka telah lakukan terhadap pemerintah mereka dengan lontaran fitnahnya, memaki hamunnya, buruk sangka, mengumpat dan pelbagai perkara yang jelas dilarang dalam islam. Jika diambil kira seseorang yang mengumpat sahaja yang bukan pada jalannya dosanya lebih besar daripada yang berzina. Ini kerana dosa mengumpat hanya layak diampun oleh orang yang diumpatkan berbeza dengan zina. Ini belum dikira dosa-dosa yang lain dengan makinya dan pelbagai lagi yang tidak disedari oleh diri sendiri.

Berapa ramaikah yang sudah berdoa kepada Allah s.w.t supaya pemerintah diberi taufiq dan hidayah untuk mereka dan agar mereka melaksanakan kewajipannya sebagaimana mestinya? Malah ada sesetengah orang yang bodoh menganggap pemerintah tersebut tidak layak untuk didoakan kerana kezalimannya tidak berhak untuk rakyat mendoakannya. Memang jelas itu adalah termasuk kebodohan mereka berfikir. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda daripada Abdullah bin Mas’ud:

“Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” [Riwayat al-Bukhari, jil 6, no.2588]

Termasuk permintaan hak kita kepada Allah sepertimana dalam hadis tersebut “ Dan mintalah kepada ALLAH hak kamu” adalah rakyat memohon kepada Allah supaya pemerintah diberi hidayah dan melaksanakan tanggungjawabnya yang telah diamanahkan. Hak rakyat akan dipenuhi jika pemerintah tersebut adalah yang adil dan baik. Di antara sebab kebaikan dan keadilan pemerintah tersebut adalah doa yang ikhlas kita kepada Allah s.w.t. Doa adalah senjata orang mukmin. Maka semakin ramai yang berdoa untuk kebaikan pemerintah semakin dekatlah pemerintah kepada kebenaran. Diriwayatkan dari Abu  Musa  al-Asy'ari  bahwasanya  Nabi  saw bersabda:

"Orang mukmin dengan mukmin yang lainnya bagaikan satu bangunan yang saling menguatkan antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya." [Muttafaq 'Alaih]

Jika rakyat berjalan di atas nasihat Nabi s.w.t ini, nescaya kabaikan akan diperolehi. Jika rakyat berjalan atas andaian nafsu mereka maka lebih banyak keburukan dan kesan yang akan dirasai.

Apabila rakyat mengganggap pemerintah sabagai temannya mereka akan sentiasa mendoakan kepada pemerintah tersebut dan tidak memburukkan dan memalukannya secara terbuka malah sentiasa menasihatinya. Pemerintah juga adalah manusia biasa seperti kita. Apabila meletakkan diri kita ditempatnya sudah tentu kita tidak mahu dicemuh dan dipermalukan oleh masyarakat. Apa reaksi anda apabila kesalahan yang dilakukan oleh anda sendiri dihebohkan oleh khalayak ramai? Sudah tentu malu dan kemungkinan bertindak luar batasan untuk menutup pintu kesalahan tersebut. Imam al-Syafi‘i rahimahullah (204H) berkata :

Bahawa barangsiapa yang menasihati temannya dengan rahsia, maka dia telah menasihati dan menghiasainya dan barangsiapa yang menasihatinya dengan terang-terangan, maka dia telah mempermalukan dan merosakanya. [Syarah Shahih Muslim (2/22) Kitab al Iman No. 49]

Begitu juga dalam menasihatii pemerintah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;

" Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangnanya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka) Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajipannya." [ Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya sahih.]

Jika nasihat tersebut tidak berjaya maka pemberi nasihat itu dianggap telah menunaikan tenggungjawabnya. Pemerintah juga akan tahu akibat perbuatannya disisi ALLAH.

Al-'Azhim al-Abadi r.h berkata:

"Para ulama berpendapat, kewajipan amar makruf nahi mungkar tidak gugur hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan (kepada pemerintah). Bahkan dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin. [Al-'Azhim al-Abadi, 'Aun al-Ma'bud, jil: 11, m/s: 330. Dinukilkan oleh Dr Asri Zainul Abdidn "Membela Islam Tanggungjawab & Dispilin"].

Apabila seseorang hendak mengkritik pemerintah hendaklah dilakukan secara rasional dan benar agar pemeintah kembali pada jalan yang benar maka hendaklah dilakukan secara makruf bukan dengan memaki hamun, berkata keras atau hanya untuk kepentingan diri atau parti tertentu. Ibn al-Jauzi r.h berkata:

“Tujuan amar makruf nahi mungkar ialah menghapuskan mungkar. Menggunakan perkataan yang keras akan menyebabkab pemerintah bertindak balas dengan melakukan perbuatan mungkar. Ini lebih mungkar daripada kemungkaran yang hendak dihapuskan.” [Ibn Muflih, al-Adab al-Syar’iyyah jil:1,m/s:197 dinukilkan oleh Dr Asri Zainul Abidin “Membela Islam Tanggungjawab & Dispilin"].

Memang kesabaran lebih diperlukan dalam meluruskan penyimpangan pemerintah. Maka tidak bolehlah kita menghilangkan kezaliman tersebut dengan cara yang salah dan menyimpang. Setiap pihak samada pengkritik pemerintah atau sebaliknya sudah saatnya melihat kaedah-kaedah yang penting dan meluruskan niat sehingga semua perkara akan terciptanya kebaikan bersama. Maka jadikanlah pemerintah sebagai kawan bukan lawan anda.

 

Wallahua'lam

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

Saturday, June 6, 2009

Politik Itu Ada Masanya…

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Artikel ini telah ditulis oleh penulis diblog pertama iaitu Addean's  Web Blog pada tiga bulan yang lalu. Dicadangkan untuk pembacaan.

Memperbaiki aqidah, ibadah, dan akhlak adalah termasuk dalam fardhu 'ain yang perlu ditanam pada setiap umat islam . Malah menjadi wajib ke atas kita untuk mengajak kaum muslimin kepada dakwah yang tulen dan bersih untuk memahamkan mereka kepada Islam yang benar dan mendidik mereka dengan tarbiyah yang benar. Apabila manusia tidak memahami manhaj sebenar Al-Quran dan Sunnah maka berlakulah fitnah-memfitnah, buruk sangka, tuduh menuduh dan pelbagai perkara yang dilarang oleh agama akan berlaku seperti mana yang berlaku pada parti-parti politik masa kini. Apabila manusia menganggap agama ini perlu dimasuki pada jalan politik sahaja maka jadilah mereka orang yang gila berpolitik.

Penulis ingin bertanya adakah setelah anda berjaya merampas kuasa di negeri-negeri tertentu adakah rakyat-rakyat di negeri anda kebanyakannya dapat menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama dalam rujukan? Adakah mereka dapat menghindari daripada menyekutukan Allah ? Adakah mereka dapat menjaga keperibadian akhlak mereka ? Adakah Ibadah mereka benar-benar menepati Al-Quran dan Sunnah? Adakah mulut mereka dapat ditutup daripada fitnah-memfitnah ? Adakah mereka akan memakmurkan masjid-masjid Allah? Adakah mereka dapat menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan pelbagai lagi persoalan-persoalan yang bermain difikiran penulis.

Penulis tidak mengingkari adanya politik dalam Islam, tetapi menyibukkan sesuatu yang penting daripada sesuatu yang lebih penting adalah termasuk sebagai perkara-perkara yang memalingkan dari dakwah yang utama kerana apabila ditanamkan dahulu umat dengan akidah, akhlak dan ibadah yang tulen maka akan lahirlah umat yang sejahtera, bersikap hormat menghormati, terhindarnya fitnah memfitnah dan pelbagai lagi kebaikan yang akan dilihat dan akhirnya menjadi umat yang bersatu padu.

Tidakkah parti-parti politik terfikir bahawa seolah-olah syaitan telah berjaya melaga-lagakan mereka dan menjadikan umat islam berpecah dan bermusuhan kerana kebanyakan daripada perpecahan yang berlaku di kalangan umat islam masa kini adalah kerana fitnah-memfitnah, berburuk sangka dan mempercayai gosip dusta yang akhirnya hanya membawa kepada keburukan sahaja. Firman Allah s.w.t:

Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku,supaya mereka berkata dengan kata-kata yang baik; Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. [ al-Isra’ : 53]

Maka hendaklah kita berhati-hati daripada menyebarkan berita-berita fitnah melainkan berita yang benar dan baik sahaja serta berbaik sangkalah kita sesama umat islam.

Bukanlah tanggunggjawab sebenar yang ingin mempertahankan islam pada jalan politik sahaja tetapi hendaklah ia membawa apa islam yang sebenar dibawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a kerana merekalah sebaik-baik generasi yang perlu dicontohi oleh umat sekarang. Dalam hadis Sahih Bukhari Rasulullah s.a.w bersabda:

Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ al-Tabi’in).

annadwi

Dalam artikel Dr Asri Zainul Abidin beliau ada menukilkan nasihat al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi kepada al-Ikhwan al-Muslimin. Nasihat ini beliau rakamkan dalam risalahnya yang bertajuk: Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi juga memetik ungkapan-ungkapan indah risalah tersebut dalam bukunya: “Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu”.

Kata al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi kepada al-Ikhwan al-Muslimin:

Wahai ikhwan Muslimin yang mulia!

Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur. Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya….istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera.

Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan ALLAH. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada ALLAH. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan. Ini seperti firman ALLAH: (maksud) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj: 41).

Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya….”

Katanya juga: “Wahai tuan-tuan!

Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia –dengan izin ALLAH- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah ALLAH dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang ALLAH sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.
Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa –setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha ALLAH, kesemuanya pada jalan ALLAH. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH. (rujukan: al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Wallahua'lam

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

Thursday, June 4, 2009

Pandangan Dr Wahbah Az-Zuhaily Berkenaan ‘Fatwa-Fatwa Semasa’

 

Inti pati Ceramah oleh: Yg Berbahagia al-Sheikh al-Allamah Professor Doktor Wahbah Mustafa al-Zuhaily (Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1430 Hijrah)

 

Wahbah Zuhaili

Al-Quran itu padat dengan keselamatan dan keamanan dan diperkukuhkan lagi dengan kekuatan khusus untuk berhadapan dengan kekuatan khusus untuk berhadapan dengan musuh-musuh kesejahteraan. Terdapat lebih kurang 200 patah perkataan yang berakar umbikan al-salam ini di dalam al-Quran yang memberikan maksud menyerah keseluruhannya kepada Allah bukan Istislam (menyerah kalah). Maka kita selaku umat Islam mesti turut bangun pengertian-pengertian tersebut bagi menegakkan tanggungjawab menjaga kesejahteraan.

Kita menghormati peraturan dan nilai-nilai yang boleh membina bangsa agar semua bangsa dapat hidup sebagai sebuah keluarga yang besar. Meskipun bagitu kita tidak akan cair dalam acuan orang lain sebaliknya kita perlu menjaga keperibadian dan jati diri kita sendiri. Demikianlah unik dan tersindirinya kita. Namun begitu kita juga adalah umat yang terbuka mindanya yang akan menerima segala yang boleh mengembang dan memajukan umat bagi pembinaan manusia sejagat.

Masyarakat Barat sebenarnya keciciran akidah, syariah dan akhlak. Apa yang mereka ada terbit daripada rasa kehilangan yang berlaku pada diri mereka. Mereka mahu membentuk dunia dengan segala macam idealisme seperti globalisasi dan yang seumpamanya. Justeru segala perkara yang datang daripada luar Islam perlu kita awasi malah sewajarnya kita menjadi golongan yang lebih celik berbanding mereka.

Kita tidak harus berpegang dengan fatwa-fatwa yang boleh menyenangkan hati musuh Islam apatah lagi memudaratkan umat islam jauh sekali bertembung dengan al-Quran, al-Sunnah dan maslahah-maslahah Islam. Kita juga perlu mengikis kelemahan-kelemahan kita yang didalangi oleh mereka dan berjaga-jaga daripada tersirna dalam budaya dan warisan barat yang menjadi punca sebahagian daripada kita mengambil pengetahuan budaya tersebut kemudian mengasaskan pengetahuan baru yang hasilnya meruntuhkan akhlak dan tamadun manusia seperti komunisme, kapitalisme dan yang seumpamanya yang telah hancur lebur. Hanya Islam sahaja yang tinggal kekal hingga kini.

Kita sebenarnya menolak idea dan pemikiran mereka bukanlah bermakna kita melangkaui hak-hak mereka. Kita mengiktiraf hak-hak tersebut. Maka balasannya wajiblah ke atas mereka menghormati hak dan pegangan kita. Malah sepatutnya berlaku kerjasama dalam istilah ikatan kekeluargaan manusia sejagat. Namun Israel dan Kristian tetap juga mahu menghapuskan kewujudan kita.

Fatwa mestilah menterjemahkan Islam, al-quran dan hukum-hakamnya berserta dengan ijtihad para imam mujtahidin kerana al-Quran itu berdiri di atas asas akidah dan akhlak. Menyuruh dengan kebaikan dan melarang kemungkaran. Halal dan haram berada di tangan Allah bukan di tangan manusia. Hujah al-taysir (yang bertujuan mempermudahkan) yang melangkaui segala sesuatu adalah bertembung dengan asas-asas syarak.

wahbah zuhaili

Kita tahu dalam kehidupan masyarakat Barat segalanya adalah halal seakan tiada bezanya antara seorang anak perempuan dan seoramg bapa. Mereka bersikap materialitistik, mengikut syahwat dan suka menguasai sesuatu kekerasan. Sikap mementingkan diri ini seperti haiwan liar di daratan. Material adalah wasilah bagi merealisasikan setiap kehendak. Bermilion manusia di Amerika contohnya tidak mempunyai pekerjaan, tiada tempat perlindungan dan makanan untuk dimakan. Ini membuktikan bahawa mereka sebenarnya adalah golongan ‘udwaniyyun ( yang hidup bermusuhan untuk kekal sendiri).

“ Jangan kamu berkata dengan lidah kamu bahawa ini halal dan ini haram”. Inilah pegangan kita. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada an-Nu’man Ibn Bashir r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Halal adalah jelas, haram adalah jelas, antara keduanya ada perkara yang samara yang tidak diketahui tentangnya oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat maka dia menyelamatkan maruah dan agamanya dan sesiapa yang berada di tepian kawasan larangan, hamper saja dia terjebak ke dalamnya. Ingatlah bahawa bagi setiap raja kawasan laranagannya dan kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkannya.”

Justeru jika manusia itu sudah terlalu biasa dengan perkara yang haram tidak mustahil mereka akan menjadikan segala perkara itu halal. Maka disini semestinya terdapat dinding yang kukuh yang menegah daripada ketelanjuran terhadap perkara haram tersebut. Para ulama’ telah beriltizam dengan pegangan ini. Justeru segala pandangan mereka adalah tetap. Mereka berwaspada dengan pengawasan Allah dalam apa jua setuasi sementelah syarat-syarat fatwa itu bahawa ia mestilah selari dengan prinsip-prinsip dan hukum-hakam Allah iaitu kita tidak-tidak boleh berfatwa dengan pandangan atau sanad yang lemah melainkan ia mestilah pandangan yang kuat dan sanad yang kuat. Begitu juga kita tidak boleh mengulang-ulang sesuatu perkara semata-mata ingin menjadi mujaddid kerana ini dianggap tidak amanah atau khianat dalam berfatwa.

Sebagaimana yang dikatakan, sesungguhnya pengawasan itu perlu dalam setipa perbuatan, perkataan dan pandangan. Ia adalah asas dalam berfatwa kerana apa yang kita mahukan adalah hukum Allah. Dalam masa yang sama juga kita mahukan pembaharuan. Justeru fatwa-fatwa yang bersifat kontemporari adalah perkara yang dituntut. Ini saya sebutkan di dalam buku saya bertajuk “ Tajdid al-Fiqh al-Islami” ( Pembaharuan Fekah Islam). Tetapi perlu kita ingat sebenarnya pembaharuan dalam al-Quran dan hukum-hakamnya tidak berlaku kerana hukum syarak majoritinya adalah thabit dengan dalil yang qati’ qakni (dalil yang kukuh dengan petunjuk keilmuan yang diyakini). Tiada ruang untuk kita berpaling darinya atau keluar daripada lingkungannya. Ia adalah warisan kita dalam banyak perkara dan bidang seperti undang-undang, kekeluargaan, perhubungan manusia dan sebagainya.Kita tidak mahu meruntuhkannya dengan hujah pembaharuan.

Islam adalah ibarat kubu yang kukuh. Tiada sebarang lubang kecacatan. Maka sesiapa yang berani mencariknya sesungguhnya dia berani merosakkan agama keseluruhannya.Justeru apabila kita halalkan sesuatu yang haram maka masyarakat akan terus mara menceroboh hukum-hukum Allah yang lain seperti meminum arak dan melakukan zina. Demikianlah, permualaan sesuatu penyelewengan itu adalah berpunca daripada perkara yang haram dihalalkan. Justeru kita wajib menjaga asas-asas yang qat’iyyah dan qaqiniyyah ini.

Kita akui bahawa 500 sahaja dalil yang ada namun begitu ijma’ itu jumlahnya banyak dan ia seperti petunjuk yang qat’I. Ijma’ pula ada yang berbentuk qawli (perkataan) dan ada yang berbentuk ‘amali (perbuatan). Manakala ijtihad pula adalah pada perkara yang tidak ada kewujudannya dalam syarak juga tidak ada nas dan tidak ada pandangan yang terdahulu. Justeru apabila berlaku perkara-perkara yang baru (al-Tawari’ dan al-Nawazil) yang memerlukan hukum seperti fatwa berkenaan bank-bank islam, alternative akan dicari bersumberkan limpahan qaul mazhab-mazhab yang ada bahkan segala piawai untuk bank-bank syar’iyyah diperolehi daripada sumber ini.

Berkenaan bank islam, sebahagiannya berkata: “ Bank Islam dan bank konvesional sama sahaja kerana pada akhirnya kedua-duanya meraih keuntungan.” Tapi hakikat sebenarnya ialah bank Islam bukanlah tabung simpanan semata-mata. Ia adalah simpanan untuk dikembangkan secara halal.Biro pengawasan syarak yang ditugaskan untuk mencari alternatif bagi membantu masyarakat. Maka dengan itu timbullah nama-nama seperti jual beli syarikat mutanaqidhah dan sebagainya. Banyak istilah-istilah baru yang lain disandarkan dengan piawai-piawai islamik ini. Contohnya al-Murabahah dalam pembelian kereta dan lain-lain lagi. Dalam hal ini bank akan campur tangan dan membeli barang kemudian menjualnya dengan mengenakan pembayaran ansuran menurut tempoh tertentu. Al-Qabad (penyerahan barang) berlaku meskipun secara hukmi. Disinilah diambil keuntungan.

Sama juga keadaannya berkenaan nikah dan zina. Kedua-duanya untuk melepaskan tuntutan nafsu namun zina jelas sekali adlah haram dan nikah pula adalah halal. Begitu juga dengan pasaraya dan bank. Kedua-duanya pasti mengambil kira keuntungan. Namun bank-bank konvesional tidak akan turut sama menanggung segala turun naik dan untung rugi malah pelanggan sama sekali tidak terhalang daripada mengaut keuntungan.

Sesuai pula dengan peredaran masa, manusia sudah melangkaui perjalanan daratan, lautan dan udara. Justeru para fuqaha’ berusaha pula dengan polisi insuran. Namun dalam insuran masih terdapat ruang untuk berlakunya gharar (penipuan) yang melibatkan kerugian. Lalu diwujudkan cara al-Takaful al-islami (kerjasama Islamik) Justeru dalam hal pemfatwaan ini siapa yang betul dan tepat fatwanya baginya dua ganjaran pahala dan siapa yang silap baginya satu ganjaran pahala. Sebab itulah seseorang yang berijtihad itu mesti betul-betul berkelayakan terlebih dulu.

Dari sudut yang lain, hukum-hakam mengambil kira al-A’raf ( adat kebiasaan masyrakat). Maka wajib hukumnya ke atas seorang mufti memelihara maslahah-maslahah masyrakat dan adat-adat kebiasaan mereka di samping sentiasa menjahui yang haram. Berkenaan perkara-perkara yang khilaf pula, sebahagian daripadanya berdiri dengan dalil yang kuat dan sebahagian lagi tidak. Oleh itu kita wajib berpegang dengan dalil yang kuat dan mengambil daripada para ulama’ mujtahidin yang thiqat (boleh dipercayai). Khilafiyyat ini sebenarnya menunjukkan keluasan Islam. Jika antara qawl-qawl ini sama kuatnya antara satu sama lain maka kita seharusnya cenderung kepada yang membawa maslahah umat.

Kesimpulannya musuh-musuh Islam sentiasa mengancam kita pada setiap dekad. Mereka selalu melakukan pelanggaran hak dan penyelewengan. Namun begitu kita mesti tetap menjaga keperibadian kita. Islam adalah acuan Allah. Kepelbagaian mazhab dan pandangan adalah daripada kehendak-Nya jua bagi mencapai kesejahteraan. Segala tohmahan terhadap Islam sebenarnya kembali kepada diri mereka sendiri kerana Allah SWT telah berfirman ayng maksudnya:

“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi (menganiayai) mereka namun mereka sendirilah yang mengeniyai diri sendiri” [al-Ankabut: 40]

Sumber: Majalah Sinar Rohani “Pembimbing Ummah” m/s 3-5

 

Tuesday, June 2, 2009

Perbincangan berkaitan status makanan halal

penyu Hukum memakan ketam batu dan seumpamanya

Apa yang ditanya adalah perihal binatang dua alam. Setakat pencarian dan perolehan awal, tidak terdapat sebarang dalil yang khusus mengatakan binatang dua alam itu haram dimakan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab-kitab an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.

Mereka yg mengatakan binatang dua alam ini haram di makan berdasarkan hadis berikut:

Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]

Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kepada yang hidup sepertimana katak.

Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”

Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang dua alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa dua alam itu haram di makan.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]

Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu:

Rasullullah saw bersabda, “Dihalalkan untuk kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”

Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.

Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.

Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Maka, berdasarkan dalil yang dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang dua alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Ttp berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup dua alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendpt haramnya binatang dua alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar-pasar dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?

Pendapat yg kuat ialah secara umumnya, binatang dua alam itu halal. Dia didiamkan syara’. Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” ( Surah Al-Baqarah: 16)

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (Surah Al-An’am: 145)

Dari ayat di atas, illat kepada keharaman bangkai, darah yg megalir, babi adalah kotor(bolded). Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kpd apa2 binatang yg mempunyai illat yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari satu tempat ke satu yg lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, tetapi pada masyarakat China tidak pula.

Maka, kesimpulannya, setiap apa yg dinyatakan dalam nas yg mengatakan ia haram, itulah haram. Yang tidak dikatakan haram, maka ia didiamkan syara’. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yang dianggap pada dirinya jijik dan kotor. Tetapi jangan pula kita menjadi pelik jika ada orang yang memakannya di negara lain.

Hukum makan Telur penyu, tuntung dan telur buaya dan menggunakan organ dalaman binatang buas untuk membuat Ubat

1a. Buaya - menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga duduk didarat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama didalam air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring). Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan Hanbali:

وللاستخباث في التمساح ; ولأنه يتقوى بنابه ويأكل الناس .

“Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan orang”

Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.

1b. Penyu - Binatang yang memang tinggal di laut dan juga yang tinggal di darat, tiada khilaf dikalangan ulama’. Akan tetapi, binatang yang hidup didalam dua alam, wujudnya khilaf dikalangan ulama’, ternasuklah penyu. Berkata Dr Abdullah Faqih :-

أجاز العلماء أكل السلحفاة لعموم قوله تعالى : (كلوا مما في الأرض حلالاً طيباً ) وقوله أيضا (وقد فصل لكم ما حرم عليكم ) وقالوا عن تذكية السلحفاة: ما يعيش في البر يذكي بلا خلاف في ذلك ، وما يعيش في البر والبحر ككلب الماء والسلحفاة فاختلفوا فيه بين من قال بالتذكية، ومن لم يقل بها ، والأولى التذكية خروجا من الخلاف .

“Ulama; membenarkan memakan penyu atas umum perintah Allah swt :- (Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik 2:16 dan juga firmannya (padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu 6:119) dan mereka bercakap mengenai rekomendasi penyu : apa yang hidup di darat, tidak ada perselisihan mengenainya, dan apa di bumi dan laut seperti anjing air dan penyu tersedapat khilaf dikalangan mereka, mereka yang rekomen berkata : sesiapa yang tidak mempercayainya, dicadangkan mula2 sekali keluar dari perselisihan”

Ibn Qudamah rh. didalam al-Mughni mengatakan bahawa penyu boleh dimakan sekiranya disembelih. Katanya :

كل ما يعيش في البر من دواب البحر , لا يحل بغير ذكاة , كطير الماء , والسلحفاة , وكلب الماء , إلا ما لا دم فيه , كالسرطان , فإنه يباح بغير ذكاة .

“Semua yang hidup didarat dari kalangan binatang laut, tidak halal tanpa disembelih, sebagaimana burung laut, penyu, anjing laut, melainkan ia tidak berdarah seperti ketam dihalalkan tanpa sembelih”

Dikalangan ulama’ yang berpegang kepada pandangan ini membenarkan memakan telur penyu.

2. Mengenai berubat dengan menggunakan barangan2 haram, disini saya mengambil petikan pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, didalam bab (ضرورة الدواء) dalurat kerana berubat, didalam buku halal dan haram (ms 49-50) (terjemahan Ustaz Zainys, al-ahkam) :-

وأما ضرورة الدواء -بأن يتوقف برؤه على تناول شيء من هذه المحرمات- فقد اختلف في اعتبارها الفقهاء.. فمنهم من لم يعتبر التداوي ضرورة قاهرة كالغذاء، واستند كذلك إلى حديث “إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم”. ومنهم من اعتبر هذه الضرورة وجعل الدواء كالغذاء، فكلاهما لازم للحياة في أصلها أو دوامها، وقد استدل هذا الفريق -على إباحة هذه المحرمات للتداوي- بأن النبي صلى الله عليه وسلم رخص في لبس الحرير لعبد الرحمن بن عوف والزبير بن العوام رضي الله عنهما لحكة -جرب- كانت بهما. مع نهيه عن لبس الحرير، ووعيده عليه. وربما كان هذا القول أقرب إلى روح الإسلام الذي يحافظ على الحياة الإنسانية في كل تشريعاته ووصاياه. ولكن الرخصة في تناول الدواء المشتمل على محرم مشروطة بشروط: أن يكون هناك خطر حقيقي على صحة الإنسان إذا لم يتناول هذا الدواء. ألا يوجد دواء غيره من الحلال يقوم مقامه أو يغني عنه. أن يصف ذلك طبيب مسلم ثقة في خبرته وفي دينه معا. على أنا نقول مما نعرفه من الواقع التطبيقي، ومن تقرير ثقات الأطباء: أن لا ضرورة طبية تحتم تناول شيء من هذه المحرمات -كدواء- ولكننا نقرر المبدأ احتياطا لمسلم قد يكون في مكان لا يوجد فيه إلا هذه المحرمات.

“Darurat kerana berubat ialah, kesembuhan suatu penyakit bergantung kepada makanan yang diharamkan. Mengenai hal ini, para fuqahak telah berselisih pendapat mengenainya. Sebahagian mereka tidak menganggap berubat dalam keadaan ini sebagai darurat yang memaksa sebagaimana dalam masalah makan. Pendapat ini bersandarkan kepada Hadis:

Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

Sebahagian fuqahak pula mengatakan bahawa ia dapat digolongkan di dalam keadaan darurat. Mereka menganggap masalah memakan ubat sama seperti masalah makan (boleh makan yang diharamkan ketika darurat). Dalil golongan yang membolehkan memakan yang haram kerana berubat ialah, Nabi Muhamad s.a.w. pernah memberi rukhsah (keringanan) memakai sutera kepada Abdul Rahman bin Auf dan al-Zubair bin al-Awam r.a. Ini disebabkan penyakit yang menimpa mereka berdua, sedangkan pemakaian sutera adalah dilarang dan pemakainya diancam.

Barangkali inilah pendapat yang lebih hampir kepada roh Islam yang bersifat sentiasa melindungi kehidupan manusia. Sifat ini boleh kita perolehi di dalam setiap pensyariatan dan pesan-pesannya.

Namun, rukhsah (keringanan) memakan ubat yang mengandungi bahan yang diharamkan ada beberapa syaratnya, iaitu:

1. Dapat benar-benar merbahayakan kesihatan jika tidak memakan ubat berkenaan. 2. Tidak terdapat ubat lain yang halal sebagai penggantinya. 3. Hal ini disahkan oleh doktor yang dapat dipercayai dari sudut kepakaran dan agamanya.

Dapat kami katakan dari apa yang kami ketahui berdasarkan kepada kenyataan yang berlaku dan bersandarkan kepada kenyataan doktor-doktor yang dapat dipercayai: Bahawa tidak ada darurat perubatan yang sampai ke peringkat terpaksa memakan sesuatu yang diharamkan sebagai ubat. Cuma, kami di sini hanya menetapkan prinsipnya sahaja sebagai langkah berjaga-jaga (ihthiati) kepada orang Islam yang kadangkala berada di suatu situasi di mana tidak ada apa-apa melainkan yang diharamkan sahaja. ”

Sumber:  Wikipedia